Sunday, August 30, 2009

Daging Harimau Kisar

Semalam aku and encik suami pergi ke S-Mart berbelanja barang basah utk masak berbuka. Al maklumlah, cuti cuti panjang macam neh, memang banyak undangan berbuka puasa. Semalam encik suami nya kazen datang berbuka puasa kat umah kami, jadi itu yang ke S-Mart mencarik lauk utk berbuka puasa. Simple ajerk buka semalam, gulai lemak cili padi ikan pari dan sayur campur goreng. :)


Sambil menyelam minum air orang kata (puasa puasa neh jangan plak nko nak menyelam,Jah)! Hehe. Oleh kerana hari neh, turn aku pulak berbuka puasa bersama encik cik pakcik makcik aku kat umah atok, jadi aku pun cari lah bahan utk masak hari neh. Aku dah plan awal awal nak masak Spaghetti Bolognaise ajer lah. Senang and simple. Diwajibkan setiap keluarga, bawak juadah masing masing dan pamerkan di atas meja ruang dapur. Kalah hotel 7 bintang nanti..


So, aku pun ronda ronda kat S-Mart neh, ikan pari settle. Now, nak carik daging kisar. Maka, aku singgah ah kat satu kedai neh. Dia jual daging daging. Dalam terjengah jengah neh, aku pun nampak daging kisar.


"Berapa sekilo daging kisar?"


"RM 12 sekilo, kak"


" Hurm, neh daging lembu ker kerbau?"


" Daging kerbau ah kak! Kalau lembu mana dapat harga macam neh???" jawab dia sambil tengking.


Wahhhhhhhhhhh.. neh sudah lebih... aku tanya nko nak menjerit kat aku pehal??? Aku tanya sebab aku mesti nak tahu as pengguna benda tuh berbaloi tak dengan harga macam tuh. Dia boleh jawab melebih ah plak mamat neh. Kalau kerbau bau memang hamis tak ingat punya!


Aku pun terus ah menjawab,


" Yang nko nak marah marah neh apa hal? Aku tanya jerk kan!"


" Eh, mana ada saya marah kak? Saya cakap jerk," Sambil tersenyum sumbing, mungkin baru perasan kot yang dia dah terjerit.


" Nko neh patutnya jual daging ghimau bukan jual daging lembu! Garang nak mampus! Sudah lah, jual daging ghimau, Garang macam ghimau jugak!" aku sound dia balik


Ada 2 3 orang makcik pandang aku ngn mamat tuh semacam jerk kan. Mamat neh sudah drop kan my waterface. Encik suami diam jerk plak (mungkin dia tahu bini dia bab gaduh JUARA). Ingat aku macam takde duit nak beli daging kisar plak mamat neh.. Orang lain puasa jugak, takde ah nak mengentan macam mamat sengal neh.


Tak nak aku beli daging kisar kat dia. mahal giler kalau setakat daging kerbau. kat kedai lain aku boleh dapat RM 10 sekilo and aku bukan beli 1/2 kilo lah brother! Gua beli 3kg bengap!


Tak pepasal pahala puasa aku sikit semalam. Cis!

1 comment:

zarin said...

takut masa baca tajuk posting ni..tapi lawak pulak bila baca. padan muka mat tu ha ha..

btw, i dah tk pakai daging kisar dah for my spaghetti coz hubby tk suka..ada bau sikit katanya. slalunya akak kisar sendiri (if nk byk) or potong halus2 (utk mkn we all 3 org)
lagi fresh rasanya.