Monday, August 31, 2009

Malang Tidak Berbau

Semalam lepas Zohor, saya dan encik suami pergi ke Tesco Extra nak hantar sample kuih and beli barang nak masak utk berbuka puasa beramai ramai di umah atok saya. On the way to Tesco Extra, kami terjumpa keta terbalik (atas). Baru jerk berlaku. Saya dan encik suami pun berhenti ke tepi dan tolong. Ramai pengguna jalanraya pun berhenti dan membantu mangsa. Ada 2 orang mangsa yang terlibat dan yang satuw tuh pengsan. Mungkin terkejut.

Actually, this port memang antara favs place keta terbalik. I also dont know why; 1 of the reason, maybe over speeding kat selekoh.. Sebelum neh, saya jugak pernah membantu anggota plois trafik yang terbalik kat tempat yang sama, dalam keadaan hujan jugak. Masa tuh pun, ada salah satu anggota nya pengsan. Badan pun gempal. Mungkin terkejut.


Mengikut saksi kejadian, keta neh takde lah berapa laju sangat. Kedua dua mangsa tengah elok berbual sambil overtake keta satu auntie India tuh, dah tetiba ketanya terbang lalu terbalik ke seberang jalan. Nasib baik, takde kenderaan datang dr arah bertentangan. Kalau tidak, pasti maut. :(

Setiap kali terjumpa kes malang tak berbau, tangan saya pantas mendail 999. Tapi khidmat mereka agak slow sedikit. Even the telefonis also, cannot catch up bila kita sebut the incident place. Berulang ulang kali cakap, dah macam macam landmark saya sebut pun, mereka masih tak dapat catch up. At last saya sebut, Tesco Extra Plentong! Haaa, baru tahu kat mana. Walaupun, tempat kejadian jauh dlm 5km dr Tesco Extra. Huh, dan tempat yang hampir ialah Dorest Hotel and Daiman Golf Club (Sebelah jerk), pun mereka tak dapat nak agak. So, sempena bulan Ramadhan neh, maafkan mereka!

Saya memang ingin mencadangkan pada pihak kerajaan (kalau terbaca blog cikai neh), saya harap pihak kerajaan dapatlah memberi kursus peta kepada telefonis telefonis 999, pusat pangglan 999 di Johor Bahru dan juga pihak ambulan hospital. Kena bawak mereka round round! Kalau pusat panggilan KL tuh, saya paham ah mereka tak tahu. Tp kalau kat JB pun tak tahu, itu bermakna dah parah! Takut takut mangsa mati nak menunggu bantuan tiba.

Lepas ambulans tiba, saya pun dan suami gerak ke Tesco Extra... kelmarin pahala sket, sebab gaduh pasal daging rimau, tapi semalam naik sket pahala, sebab tolong orang eksiden. Ceh!

Tak salahkan membantu? :)




Orang ramai berkerumun datang membantu..


Si baju biru, pemandu kereta.. telefon sedara mara bg tahu eksiden dan kat tangan dia, dia pegang buku resit besar. Mungkin dia bisnesman kecil kecilan..


Mangsa ke-2 pengsan.. tangan dia pucat dan asyik menggigil..


Keadaan kereta mereka..


Ramai yang membantu aliran traffik..


Ambulans tiba setelah hampir 20 minit..


Mereka kata kaki nya patah..


Pihak penyelamat sedang memasang anduh di kaki mangsa

Mangsa 1 cuba menenangkan mangsa ke 2. Buku resit tak dilepaskan. Itupun, kami menasihatkan mangsa 1 supaya kumpul kan semua barang berharga dia. Handphone, pasport antarabangsa, road tax dan macam macam lagi.


Amacam laporan aku? Ada macam Sham Ondscene tak??? Hehe, ini kira berani sebab suami ada sebelah, kalau takde, aku tepon dr keta ajerk ah... =P



2 comments:

Azie said...

laaa smlm p tesco xtra ka??? akak ada kat sana :) shopping sket..akak p ptg gak..tp x jmpa plak xcident ni...ke sbb akak lalu jln dlm kot..akak tak lalu hway..:) kalu kenal leh kita jumpeeee hihihihi

+a.z.i.e+ said...

Sis Azie,
Hak ah pi Tesco Extra semalam petang jam 2.30 petang, Hehem beli bahan berbuka puasa. Itulah, kalau kenal boleh jumpa kan :)