Monday, March 2, 2009

Penatnya


Opss baru sampai dr KL. Owh panasnya di sana. Tak tahan lah. Aku rela duduk di dalam bilik hotel dr merayap dr satu tempat ke satu tempat. Tapi dek kerana ajakan suami, aku gagahkan jugak, even kaki ku bagaikan nak tercabut.

KL terlalu panas. dr pagi hingga jam 4. dengan kesesakan yang amat teruk (sebab rasa dulu tak seteruk skrg) .. argh aku jadik tension dan mulut tak habis habis maki hamun. Opss,, maaf, B.. azie terlalu sarcastic dengan mereka.

Aku begitu frustttt sekalik. Kopicat Cafe tutup tadik. Bangang tak? Aku siap dah berangan sambil meredah jem dekat Jalan Kewajipan, Subang Jaya menuju ke Bangi. terbayang kuah nya lamb chop yang nyaman lagi sedap tuh.. sambil terbayang, nak mintak nasik putih utk lawan makan lamb chop akibat kelaparan yang amat gaban + panas giler.. arghh aku melayan emosi ku sendiri.. hubby aku dah terlelap..

Tiba jerk kat Bangi.. kedai nya TUTUP! Perghh.. aku menjerit kecewa .. geramnya. semuanya punah. Nak singgah makan mana lagi? nak singgah R & R, aku malas. Nak makan fast food, aku tolak. Sebab dah makan burger king that day masa on the way to KL.

Last last, aku singgah satu lagi kopitiam berdekatan situ. Yang pemiliknya orang terkenal gak lah. tapi sayang service nya mcm HARAM. mungkin towkey takde, pekerja pun ingat dia boss. nasi nya mcm jelantah. dan apa yang kita order, lain dibuatnya. bila disoal dan mintak tukar (oh yer, my hubby allergic udang yer) .. tukang masak meradang.. masak di dapur mcm baling baling kuali.. dan hempas hempas barang! Apa benda lah.. tukang masak bersama waitress pun takde chemistry.. mana nak maju?? Memang tak indah langsung.. makan gak walaupun bengang & boring..

Then, headed towards JB.. hujan sepanjang jalan. Hubby muka dah boring... mungkin penat.. balik terus ajar tuisyen kat umah mak.. dan la neh nak masuk tido sebab esok kerja..

Owh tidak! Hari tension ku dah bermula... :(

2 comments:

susudalambotol said...

seronok ke awak dtg kl? ;)

+a.z.i.e+ said...

Haha.. rasanya kali neh tak berapa seronok. Huhu sebab tak tahu nak buat apa selain ikut husband beli barang. Then, semua tempat yang ditujui adalah kawasan JEM GILER. Sakit jiwa! Lebih parah lagi, nak shopping tapi takut terover spend. So, terus mati kutu :D Hehe,