Monday, January 14, 2013

Ya Allah, kawasan rumah kami dah tak selamat!

Friday – 11/01/2013

 

Dah beberapa minggu, hari asyik balik lambat jer. Sbb system nak migration kan.. maka, asyik stayback buat kerja tuh ini, tuh ini.. So, last Friday cuba balik cepat as my family mcm nak dinner sama2 kat JB Town.

 

So, balik from office, amik my sister and Amanda, terus shoot balik rumah Taman Molek, amik husband…

 

Masa tengah tunggu husband bersiap, parked depan rumah neighbour. Chinese family and diaorangnya lifestyle mcm kitaorang jugak. Pagi kuar gi kerja, kang malam baru balik. Anak2 letak kat rumah parents. Weekend baru anak2 dia balik..

 

So, masa tgh tunggu husband tuh, terpandang gate rumah Chinese tuh. Nampak pelik sangat. Gate tak tertutup rapat and then pintu grill terbukak..

Tak mcm selalu. Masa tuh terfikir jugak.. eh kenapa Chinese neh hari neh tak tutup pintu masa masuk rumah.. sbb selalu kitaorang berkunci bagai.. Since, berebut nak kuar dinner.. aku pun buat derk jer lah. Dengan anggapan, Chinese tuh ada kat dalam rumah. Kereta dia mungkin kat rumah mak dia..

 

Sampai lah balik dari dinner about 10 pm.. Rumah nya dalam keadaan yang sama.. masih tak berganjak.. Pelik makin pelik. Detik hati dah rasa lain macam.

Panggil husband tengokkan. Masa tuh husband and adik aku, Zaim kat luar rumah.. tengah loading barang2 jelly.

 

Husband jenguk dah rasa curious.. panggil pakcik jiran depan rumah,,, (sebenarnya pakcik neh dok bersebelahan dgn Chinese)…tanya kat pakcik, ada tak Chinese neh balik tadi masa siang. Pakcik jawab takde.. sbb dia orang berpencen.. selalu lah ada kat rumah.. Mintak pakcik tengokkan rumah Chinese tuh…

 

Tengok2… Alamak, rupanya pintu dia dah dikopek dek orang lah.. Panggil2 tak menyahut.. Panggil jiran2 lain, mana tahu kot2 ada number phone Chinese tuh… semua takde.. termasuk kami..

Macam mana nak call neh?? Dah confuse sekejap.. semua tengok2 lagi rumah Chinese tuh..

 

Pakcik masuk lagi.. ketuk2.. sekali tertolak pintu rumah tuh.. haaa nko.. dah bersepah dah dalam rumah tuh.. habis TV semua.. dah hilang!!

 

OMG!! Terus nak luruh jantung aku… Ya Allah, kawasan rumah aku dah tak selamat!!

 

Pakcik & Jiran2 lain masuk tengok keadaan rumah.. Aku and husband tunggu kat luar. Rasa takut plak nak masuk… Kami buat decision, tunggu jer Chinese neh balik. Sbb panggil bebudak polis yg duduk depan tuh pun takde. Mungkin ada football match, tuh yang semua takde bila panggil..

 

Aku and husband rasa orang neh datang curik masa sembahyang Jumaat. Sbb jalan rumah kami sunyi dan semua yg tinggal golongan veteran..memang tak perasan punya. Dan mesti orang tuh naik kereta.

 

At last kul 11.30 pm, baru lah wife Chinese tuh balik rumah. Lega semua orang. Belum turun kereta jer, semua dah serbu. Kesian dia. Dah lah penat balik kerja… dapat plak berita buruk.

Rumah memang bersepah gila lah.. Takutnya haii.. Mintak dijauhkan dugaan seperti L

 

Husband Chinese tuh outstation. Dia call husband dia.. dan tak sampai 15 minit, kengkawan husband dia datang and tolong..

 

Moral of the story à kena ada number phone semua neighbour! So, berlaku mcm neh.. senang nak contact!