Monday, January 21, 2013

Syukur, Alhamdulillah...

Syukur Alhamdulillah!

Itu sahaja yang mampu aku ucap setakat hari neh, bermula dari last Friday. Syukur Alhamdulillah. Mungkin inilah hikmah yang Allah nak berikan setelah setahun aku berhempas pulas hidup susah, dengan dugaan datang tanpa henti, aku dan encik suami gagahkan jugak demi anak, demi keluarga kecil kami.

Last Friday, I flew to PJ Office for Performance Review with our MD. Tak di-explain apa yang patut kena buat masa Performance Review, aku dan staff yang lain dibiarkan termanggu manggu. Macam nak luruh jantung sebab dah lebih 7 tahun tak gi interview. Bila nak kena interview neh, dia punya dada mcm nak pecah wooo berdegup.

Haha.

Layankan ajer lah perasaan yang datang.

 

Mula mula our Assistant Manager masuk dulu. About 2 hours and half kat dalam bilik Mr Bong. Fuiyoo berpeluh peluh. Then, ingatkan after that aku, rupanya stop dulu gi lunch, After lunch, baru lah turn aku.

 

Hoho. Big boss aku gelak2 jer. Suruh rileks.

Chet! Mana boleh rileks kan.. first time, nak appraisal dgn MD, selalu dengan boss2 biasa.

 

Bila duduk kat dalam tuh, MD rileks. Dia plak advice bertenang. Ceritakan apa weaknesses and strength yang ada pada kita. Hoho. Nasib lah aku dah listkan dulu. Dia tanya, apa yang aku nak from company and what is his expectation.

 

Banyak benda yang dia cakap and aku jot down satu persatu. Hopefully, apa yang dia nak tuh, aku boleh buat and for this year, aku akan handle lagi 3 section. Section AR, Treasury and Fixed Asset. Untuk AR, aku hanya monitor since anak2 buah yang ada, dah capable utk handle sendiri. Aku hanya buat reporting part. Cuma aku kena focus more to Treasury, sbb dah bertahun tempat tuh takde orang monitor.

 

Aku agree with him, Cuma mintak diberi masa utk catch everything in Treasury as benda neh benda baru utk aku. Request nak gi training and he allow it.

 

Bila dah nak habis review tuh, he informed me that, I have been promoted to AM. Syukur Alhamdulillah. Tergamam sekejap. Sampai MD tanya, are u okay? Haha. Malu saya!

 

Tergmam gittewwww..

 

Apa pun, Syukur Alhamdullilah, di atas kurniaan rezeki ini kepada aku. Rezeki Zara Amanda Binti Mohd Khairi and juga family kecil kami. Terima kasih kepada encik suami, emak, abah dan adik adik yang sentiasa menyokong aku dalam meniti apa jua rintangan dalam hidup ini.

 

Semua gembira dengan berita ini dan mereka semua banyak berkorban masa bila aku kena outstation sepanjang tahun lepas.

 

InsyaAllah, aku akan cuba lakukan yang terbaik! Doa kan yang baik baik sahaja :)

 

No comments: