Monday, November 15, 2010

Day 27 : Zara Amanda Milestones ...

..............

  1. Menangis dengan sedih & sayu apabila berak :D Haha! Dia seorang yang penggeli.. even taik tuh seco'et saja, dia akan menangis sedih pilu mcm kena pukul. Haish, buat malu jer...
  2. Satu hari sampai 10 - 15 pampers diguna pakai sebab dia seorang penggeli.. Baru tukar pampers, dia berak lagi tak sampai seminit pun.. Bila dia berak sedikit tuh, dia akan meraung, jadik kena cepat2 tukar.. mana tak sampai 10 - 15 pampers sehari
  3. Hisap susu badan tapi guna botol! Haru biru mengajar dia BF! Saya mengalami inverted nipples dan kenalah pump utk dia minum. Husband dah beli nipple shield pun, dia tak mahu.. Bila kita practice nak kasik dia BF, dia akan hisap sekejap.. kemudian, buat muka.. dan terus meronta ronta tak mahu sambil menjerit jerit! Aduh, mcm teruk nahhh lah BF mummy dia neh..
  4. Selepas tali pusat tanggal tempoh hari, Zara dah mula pakai Rompers! Hehe, melaram tak habis2
  5. Ada 2 rompers yang cute dr Carter's .. Zara dah tak muat pakai.
  6. Zara will get her 1st injection on this 23/11/2010 .. which paed? Havent decide yet :D 
  7. Zara akan tidur sepanjang hari .. dan berjaga di waktu malam .. Penangan beranak waktu subuh kan.. beginilah..
  8. Setiap weekends, Zara menerima Tetamu & Hadiah & Angpow .. Terima Kasih, semuaa :D
  9. Zara suka dipeluk oleh Tok Daddy nya .. 
  10. Dulu masa baru lahir, bila nak mandi.. Zara akan meraung giler giler sampai satu taman dengar! Sekarang bila Cik Jue (pekerja adik aku) mandikan dia.. owh sungguh gembira! Senyap dan pandai angkat kepala.. Haha, cute!
  11. Dulu memula pakai kan dia Huggies.. tapi kena rashes.. jadik tukar Mamy Poko
  12. Zara allergic kepada lotion & baby oil .. Amboi, banyak betul sensitif dia!
  13. Bila nak tidur, kena peluk dia dulu sampai terlelap (ajaran Tok Daddy) .. kalau dia belum lelap nyenyak, dia akan terjaga bila letak atas tilam.. 
  14. Tok Ummi ckp Zara nak jadik cerdik, sebab bila malam, dia ajak semua orang main dengan dia.. Hehe
  15. Sekarang bila bangun pagi, Zara takkan sambung tido bila habis menyusu.. dia akan active sambil tunggu turn mandi.. hehe =P dah habis mandi, baru tido balik sebab dah kenyang menyusu & badan dah segar & wangi .. ahaks!
  16. Bila Zara menangis, kita sebut nak bawak dia gi Jusco.. Automatically, she stops from crying and mata terus bukak segar.. Cis! kecik kecik dah pandai nak jalan..
  17. Bila Daddy dia dukung dia... she will show her cheeky face!
  18. Rasa lega bila tengok Zara senyum tanpa gusi tuh.. aduh, cair!!
  19. Mummy Zara selalu gigit bibir sebab tahan nak cium & gomol Zara.. Hehe, tokleh gomol selalu, nanti dia rimas
  20. Lagi 3 hari, Zara cukup 1 bulan.. Yeay!!

Kalau ada apa apa perubahan lagi, will update ya peeps!

No comments: