Friday, June 25, 2010

2 Mingggu Sakit bersambung minggu sibuk

Uhuks uhuks uhuks
Haish.. lepas balik bercuti dari kawasan beriklim sejuk hari tuh, aku dan encik suami diserang demam. 

Teruk! Memang teruk & azab lah.
Mula mula aku yang kena demam tuh. Panas semacam. Dapat MC 4 hari, bersambung sambung. Siap jumpa gynae & ENT sebab flu yang teruk. Takut gak baby effect. Bila check check, doctor suruh rest and ENT check dalam hidung semua , clear takde hal apa.

Lepas aku demam 4 hari, encik suami plak kena demam.
Kesian. Memang kesian.

Berselubung. Suhu badan panas. Urut urut pun tak reda. Pagi pagi subuh rushing pergi JSH, check check.. tokleh admitted sebab katil penuh. Boleh? Macam tak lojik. Balik makan ubat and he rest at home. Aku gi kerja macam biasa. Tapi hati tak best lah kan. Sebab aku sakit, dia jaga aku. Dia sakit? Aku kena gi kerja.
Balik dari kerja. Masih demam. Doktor pesan, kalau tak reda, kena datang balik hospital. Pujuk memujuk sambil minum kopi panas tanpa gula selama 2 3 jam, baru encik suami nak ke hospital semula. Dengan syarat, GH. Takmoh pergi JSH.

Mesti ada kes kecik hati dengan doktor neh! (ahaks)

Sampai GH dah pukul 10.30 malam and emergency punya lah ramai orang. Biasalah kan. Get treatment sampai kul 12 malam. Baru balik umah. Nampak dah okay sikit. Sepanjang weekend tuh, kami berdua duduk rumah.. rest rest and rest. Tidur bangun makan tidur bangun makan.

Letih. Memang macam takde daya. Sebab makan ubat kot.
So, next week nya (last week lah) .. kitaorang gi kerja macam biasa. 1st day - Monday. Lepas breakfast, aku pun ngadap komputer sambil nak hembus hingus. Sekali hembus, aduh! Terkujat tengok kat tisu.. banyak darah & nanah.

Panik! Aku terdiam kejap.

Hati berbelah bagi nak gi hospital. Sebab? Sebab baru naik cuti MC.. kang nanti boss cakap apa pulak. Tapi hati tak sedap. Rasa lain. SMS encik suami & emak. Semua suggest pergi clinic.

Tokleh jadik, aku bawak tisu tuh pi jumpa boss and tunjuk dia. Kang dia tak caya lah plak. Ingat aku asyik amik kesempatan. Dia suruh gi clinic cepat2. On the way, pi keta.. aku macam confuse. 

Nak gi clinic panel or direct to hospital? *blur*

Sambil cuak, decide pi JSH. Park kat Jusco Permas Jaya, adik aku amik kat sana, bawak gi JSH. Encik suami dah call Dr Ridzo Mahmud, but he was on leave. Yang ada Dr Ravi. Arghh, Ravi pun ravi lah.

Sampai hospital, masuk camera kat hidung and nampak all the bleeding part and nanah! Fuh! Berderau darah. How come boleh jadik macam neh?? Nak kata tetiap hari bantai seafood, tak jugak. Doctor kata it is your fate. Memang nasib you. Dia suggest cuci sendiri kat rumah instead of dia cuci, takut over bleeding. Lagi pun tgh preggy.

He gave me 1 week MC and siap pesan...

" Ini MC, bukan suruh u pergi jalan jalan makan angin. Ini MC, untuk u duduk rumah rest.. ok? " Dr Ravi

" Okay, doctor", Jawab aku kat mulut.. dlm hati .. Ish mana tahu neh? Haha

Encik suami inform boss and  she's sounds not happy.

Hurm, bukan aku yang mintak sakit tuh kan. Dah Tuhan nak duga. Malas aku nak pikir.

So, sepanjang aku kat umah.. aku cuci hidung pakai ubat yang doktor bagi. Keluar lah darah & nanah tuh. Makan Ubat sampai sendi sendi aku macam numb, and tidur sepanjang hari. Bila check dengan gynae, Dr Laila, she said ubat tuh takde effect. Lega. Mungkin psikologi jer kot.

Sempat buat scan baby that day, ingat nak tengok gender dia.. tapi baby tutup pakai tangan dia. Alahai, malu ker,dik?? Mentang- mentang lah Daddy dia tak ikut, dia malu nak tunjuk.. 
Takper, next month ada..

Hurm, neh dah naik kerja. Busy dengan big task and meeting. Sometimes rindu suasana macam neh. But, sometimes rasa macam.. alahai, penatnya. Hehe, manusia kan.. tak pernah rasa puas. Yer lah, 2 minggu MC ... mahu badan tak naik lemak..
Bila dah busy macam neh, terasa plak nak pergi duduk tepi laut rest kan minda. Duduk berdua dengan encik suami. Haha, berangan the vast!

Tengok lah pada rezeki. Carik chalet murah murah jerk.. =P

Baru dapat news tadi, tarikh yang nak gi kenduri kahwen gi KL tuh, bertindan dengan meeting and training system baru. Sure cuti kena freeze. Huhu. ntah lah labu.. kena bincang dulu..
Harap harap semua berjalan dengan elok dan lancar! Didoakan yang terbaik utk saya, encik suami & baby..

:)

2 comments:

Yunus Badawi said...

Salam kenal.

Bawalah berehat supaya sembuh betul sebelum meneruskan aktiviti.

+a.z.i.e+ said...

Salam Perkenalan, Encik YB!

Yer, mungkin terlalu banyak sangat aktiviti dan tak cukup rehat, menyebabkan kami suami isteri jatuh sakit hingga melarat larat.

Hehe, harus pergi bercuti lagi neh.. Haha =P