Monday, February 22, 2010

Orang Berbudi Kita Berbahasa.. Orang Buat Taik Kita Perlu Buat Apa?

Amaran Awal Sebelum Tayangan

Entri ini bakal menyesakkan dada anda, lebih baik hindarkan dari kaca mata anda. Jika tidak, tanggung sendiri.

Dah puas tengok gambar aku jenjalan kan, kali neh entri menyesakkan dada dan pikiran. Aku takmoh lah sesak kepala sensowang, adalah lebih baik kita berkongsi bersama sesak dada dan nafas neh.

Bukan nak cerita aib orang tapi tak tahu nak luah kan kat mana. Better menaip dr bercakap, aku penat.

Kepada yang tak dapat nak catch, baik aku mulakan dari awal. Tapi rasanya dah terangkan kot pada entri2 sebelum ini.
Lantaklah.

Entri entri aku sebelum neh, aku ada cerita yang untuk tahun 2010, aku akan dapat assistant baru. Yes, satu assiatant baru utk kerja 1 team and handle export. Dia bukan lah orang baru, dia orang lama cuma kerja sahaja baru. Sebelum neh, dia berada di section lain - uruskan hal payment2 tapi kali neh dia akan uruskan terimaan payment dari customers. Dia dengan aku senior beberapa tahun, dari segi umur, tahun bekerja dan sebagainya. Biarlah aku namakan dia sebagai, MB.

Apa itu MB? Biarlah rahsia.

Pertukaran kerja neh melibatkan 3 orang dari 3 section yang berlainan. Bermakna 3 Section Head yang terlibat - Account Receivable (AR),Account Payable (AP) & Treasury (Banking). Aku as Section Head AR, pada mulanya agak susah nak terima pertukaran neh, sebab perkara ini diusulkan, masa tuh lagi 3 bulan nak berakhirnya tahun 2009. Jadi pada aku, mcm tak adil utk orang baru bila aku nak kira markah dan menilai tahap prestasi kerja nya.

Jadi lepas bincang dan meeting bersama, semua sepakat pertukaran ini akan rasminya terjadi pada tahun 2010. Bila tiba akhir bulan December, appraisal pun bermula dan 3 orang yang terlibat dengan pertukaran neh pun ditanya kembali dengan keputusan mereka utk bertukar kerja oleh boss aku.

Masing - masing dengan jawapan tersendiri...

3 orang tuh, sudah tentu assistant kepada 3 section head lah - AR, AP & Treasury
Assistant AP (MB) akan ditukar ke AR - Jawab dia, OK, saya tak kisah..
Assistant Treasury (PA) akan ditukar ke AP - Jawab dia, OK, saya pun suka dapat belajar benda baru

Assistant AR (OR) akan ditukar ke Treaury - Jawab dia, 70% saya setuju 30% tidak.. <-- anak buah aku

Jadik, bila mendengar kepada jawapan yang diberikan, boss aku menganggap mereka semua willingnya nak bertukar kerja. Dan berpuluh kali boss aku pesan, bahawa pertukaran ini adalah mesti suka sama suka dari semua pihak dan kalau ada yang tidak puas hati, sila jumpa dengan dia.

Bagi aku, siapa pun kerja di bawah aku, kenalah tahan telinga, mata (kena jeling/kerut), mulut asyik nak berjawab sahaja..

So, pertukaran tuh effective January 2010 and telah tertangguh selama beberapa minggu disebakan OR telah buat banyak silap dalam report utk director. Impactnya kepada aku dan boss. Kebetulan silap itu mestilah diperbaiki kerana ia melibatkan wang ratusan ribu ringgit.

Setelah hold punya hold, menyebabkan MB dan PA tertunggu tunggu bila lah nak tukar tempat duduk dan boleh buat kerja baru. Aku buat keputusan pada minggu ke 3 semua akan mula kerja baru sebab aku tunggu tunggu pembetulan si OR neh tak siap siap jugak. Tak tahu lah kenapa..

Bila berpindah kerja, maka berpindah lah tempat duduk. Aku mesti dah set apa yang nak buat dengan team yang baru. Kita perlukan perubahan dan OR mula tunjuk muka tak puas hati sebab dapat kerja baru... Muka stress giler giler..

Aku takde lah nak melayan sangat. Sebab itu tanggungjawab dia yang baru and tanggungjawab aku adalah utk membimbing orang baru aku plak.

Sehinggalah terjadik satu konflik kat opis di antara PA & OR. Sampai menangis nangis dan salah menyalahkan antara satu sama lain. Yang sorang kata, OR tak nak dengar bila diajar benda baru. Yang sorang kata, PA ajar terlalu garang macam harimau. Yang tukang dengar, aku jugak. Aku malas nak layan sebenarnya..

Pernah sekali OR datang jumpa aku, cakap nak berhenti kerja sebab dah tak tahan dengan kerja baru. Baru 3 hari amik alih. Aku sound dia balik, pikir betul betul nak berhenti neh. Anak anak mcm mana? Duit belanja macam mana? Terus dia diam dan tak cakap ngn aku lagi. Seolah olah pertukaran neh aku yang nak.. sedangkan ini semua management punya cerita, dan yang nko gi jawab 70% tuh sapa suruh kan? aku ker?

Sengal.

Kemuncak nya terjadik pada Sabtu lepas. OR tak datang kerja tapi called MB utk tolong dia passkan surat pada boss aku. Surat tuh diletakkan di bawah keyboard MB dan mesti MB yang serahkan pada boss. OR siap pesan jangan letak di dalam tray boss sebab takut2 ada orang nampak. Dia silap. MB pergi tunjuk aku surat tuh, dalam hati dah terdetik, lain mcm jer surat neh. Sebab apa apa surat atas nama boss, akan diletakkan dalam tray dan nobody is dare to open up.

Boss aku sampai 15 minit kemudian dan MB pun pergilah serah surat tuh kat bilik boss. After 5 minutes, boss aku akui itu surat resignantion dari OR - 1 month notice. Boss aku sibuk dok tanya aku apa sebab. Aku mana lah tahu..

Heran bin Ajaib.

Sebab mcm tak professional, nak berhenti tapi suruh ofismate serahkan. So, aku pun takde lah pikir sampai pening pening kepala dan cuma ada terpikir yang OR tak kan turn up kerja jerk.

Rupanya jangkaan aku tepat dan betul. Pagi tadi masa breakfast, boss aku sibuk panggil soh dok sebelah dan tunjuk aku SMS dr OR kepada boss. 

Dia mintak maaf dr hujung rambut sampai ke hujung kaki atas salah silap dia dan dia takkan datang kerja utk hari ini dan berikutnya. Kemudian, siap pesan banyak kerja nak buat sebab dah DUE DATE.

Tak macam pelikkan? Boss aku balas suruh dia datang opis secara professional dan both of them boleh further discuss lagi. Mana tahu boleh solve.
Aku terus terdiam. Dalam hati, apa hal lah minah neh? bengang pun ada..

Boss aku dengan yakin kata OR takkan turn up. Tup tup 10.30 am, OR datang opis dengan meriahnya macam takde apa apa. Kemudian, dia masuk ke bilik boss dan discussion around 20 minutes.
After the discussion, boss aku panggil aku. Cakap dia dah tanya dengan OR apa masalah dia...

Alasannya I : Ada orang fitnah personal matter dia menyebabkan dia STRESS nak berhenti. Orang yang fitnah dia tuh menokok tambah cerita..

WTF?? Kita semua takde bukak cerita pun pasal personal matter dia. Semua busy audit, boleh pulak cakap ada orang fitnah dia. Alahai, tolong lah.. Dan 15 tahun nko kerja kat sini, dan semua orang tahu pasal kisah lama nko, sebab nko yang buka cerita tuh kat semua orang.. dan setelah 15 tahun, baru nko nak blah?? Kenapa tak dari dulu? Tak make sense..

Alasannya II : Dia ada kerja tempat baru. Suppose start hari neh, tapi sebab mengenangkan SMS dr boss dia datang utk clarify. Kerja baru boleh masuk esok. Bila boss tanya kerja kat mana, RAHSIA.. ok, no hal...

Alasan III : Saya dah maafkan semua orang.. tetiba plak.. =P 

Alasan IV : Someone influence me to act like this.. so, saya buat lah.. Hari neh saya last, s1 month notice tuh dah termasuk lebihan cuti saya tahun lepas dan tahun neh.. giler siak berani ckp kat boss .. tak pikir ker dulu masa takde kerja sapa yang tolong, beb?

So, boss aku pun redha jerk lah dengan keputusan yang dah dibuat.. Malas nak panjangkan cerita.. sebab hati dah tak nak kan. 

Lepas discussion dengan boss besar, OR dipanggil oleh aku nya AM (Assistant Manager).. discuss pasal handover kerja dan reason lah kenapa mcm rushing2 nak berhenti..

Alasan I : Saya ada buat further study dekat JB.. amik accounting... kalau kerja, tak sempat nak gi class..

Eh, tetiba plakkan ? Ada plak class.. class apa neh ?? layankan..

Alasan II : Kerja baru bila bila masa jerk boleh dapatt.. apa apa jerk lah, Labu..

So, kami pun ada lah buat farewell dia sket tadi. Tapi lepas lunch dia tak turn turn up to office. Last pukul 4 dia call opis, ckp dia accident masa nak hantar dokumen to the bank. Kereta kena langgar dengan motorbike.

Wallahualam. Mungkin betul..

Aku pun tak tahu nak cakap apa. Cuma kami satu opis hari neh, asyik semua tersenyum sumbing di antara satu sama lain. Dan ada kata aku pulak penyebab dia nak berhenti.. sebab masa mula OR nak luahkan perasan pasal kerja, aku dah condemn dia bulat bulat..

Hallo! Aku yang kerja dengan dia in 1 team, aku tahu lah perangai dia macam mana. Bukan aku tak nak dengar, dia nak aku dengar dia luahkan dan nak aku gi jumpa boss cakap takyah lah tukar..  biarlah orang yang sama..

Hello, terlajak perahu boleh diundur, telajak kata/keputusan buruk padahnya. Aku taknak masuk campur samada dia suka atau tak suka kerja baru. Dia kena terima walauapa pun boss bagi. Buat kerja baru kena ada feeling, mula mula memang susah, lama lama jadik senang.

Bertahun tahun aku membersihkan taik yang dibuat, takkan sampai ke mati aku nak diam dan kasik dia naik lemak. Salah bukan seringgit dua ringgit. salah yang tak boleh nak tutup dengan mata.. telinga kena pekak. Berapa lama aku nak defend kerja yang salah? Berapa lama nak aku pinjam telinga kena sound dengan export manager? owh, tidak.. utk kita bergerak maju, hijrah itu penting..

Aku tak kata, dia buruk selamanya. Ada jugak baik. Semua buat on time, tapi kena pantau selalu. Selama aku cuti sakit tahun lepas, banyak dia tolong. Terima kasih sebab itu memang tanggungjawab dia. Aku hanya pantau dr rumah. Tapi sometimes, when she faced a simple problem, dia mcm takde hati nak buat sendiri. Semua nak suruh aku tolong tanyakan. Pissed off! Berdikari lah sikit. Aku bukan nak jaga nko sorang.. ada 4 lagi anak aku jauh di rantauan sana.. semua nak diberi perhatian.

Aku kecewa dengan tindakan nya kali neh. 

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.

Sekarang neh bagi aku, kerana terlalu memendamkan perasaan, akhirnya makan diri sendiri. Dan keputusan ini menampakkan sangat dia tak professional langsung dan sangat sangat selfish. Terlalu pentingkan diri sendiri. Kerja kerja yang due tuh, sudah tentu akan di bahagi sama rata di antara kami semua. Tak kesian ker? Dengan closing dah dekat..

Masa audit baru baru neh, dia langsung tak tolong aku. Sedangkan perjanjian masa meeting, walau apa pun dah tukar, audit masih berpegang pada kerja yang lama. Tapi semua aku buat sendiri. Dia cuma carik dokumen yang dia filing. Itu pun berhari hari nak compile. Adilkah utk aku?

Orang berbudi kita berbahasa, Orang Buat Taik Macam Neh, Kita Perlu Buat Apa?

Hormat? 

Maaf, aku bukan orang nya. Dia silap buat percaturan. Aku dah puas bersihkan taik kering selama 5 tahun..

Tapi, bukan utk kali ini...

Damn!





2 comments:

ADAM HOMES said...

hehehe...org buat taik ko kasi penumbuk ke penerajang jer..org mcm tu tak perlu buat baik

Anonymous said...

Orang Berbudi Kita Berbahasa.. Orang Buat Taik Kita Perlu Buat Apa?

Orang Berbudi Kita Berbahasa.. Orang Buat Taik Kita Perlu Membinasa...