Wednesday, December 30, 2009

Selamat Tinggal Duka - 2009

Owh, esok dah penghujung tahun 2009!

Selamat tinggal 2009 - yang banyak kisah sedih/duka dari gembira. Mungkin Tuhan nak bagi kesedaran pada aku and suami. Yang kurang elok jadik kan sempadan, yang baik jadik kan teladan.

Kalau nak di kira dan dianalisa.. hanya pada awal tahun 2009 jerk aku gembira. Rezeki Tuhan nak bagi, dengan berkat kerajinan dan ketaatan pada company, aku dapat habuan yang agak lumayan. Mungkin itu rezeki orang baru berkahwin and kerana itu, aku dapat settlekan hutang kad kredit and dapat jalan seminggu ke Utara. Owh, sungguh seronok..

Tapi, di sangka panas hingga ke petang, namun hujan pulak di tengahari..

Bermula pada bulan 4 segala galanya bertukar, dari khabar yang gembira sebab disahkan pregnant, sehinggalah khabar duka yg diterima.. complete miscarriage.. yang tak tahu sebab musabab nya.. and ini semua ujian dari Tuhan.. dan aku harus redha dengan ketetapan ini. Mungkin bukan rezeki aku dan suami..



Kadang kadang apa yang kita impikan/angankan tak mudah di capai. Dugaan demi dugaan datang sehingga ke hari ini. Aku pun masih tertanya tanya apa sebab jadik begini..

Sesungguhnya, semua orang suruh aku bersabar.. tapi kadang kadang sabar itu ada had nya..

Kepada "orang" yang memberikan aku tekanan jiwa,

Terima kasih daun keladi sebab kamu miang mcm keladi... Berulang kali diberi nasihat, tak diendahkan.. tapi ingatlah, setiap manusia yang lahir itu, Tuhan berikan perasaan, akal fikiran dan rohani untuk makhluk-Nya mengemudi hidup di duniawi ini... Dan kita sebagai makhluk-Nya perlu berterima kasih dan mempergunakan 3 perkara itu dengan seeloknya-eloknya.. dan bukan memusnahkan hidup orang lain...

Mungkin hari ini, hari saya.. Esok esok hari kamu.. Bersyukurlah dengan apa yang Tuhan dah beri kerana Allah SWT Maha Adil lagi Saksama.. Maha Mengetahui.. Dan dari-Nya lah Dia menyusun segala hal kehidupan kita sebagai manusia... Tapi, kita sebagai manusia, kenalah bertindak mengikut akal pikiran bukan ikut JIWA & PERASAAN! Jangan lah kamu jadik seorang yang SELFISH dan TAMAK HALOBA dalam mencarik kebahagiaan hidup..

Orang lain pun ingin merasa bahagia dalam hidup jugak.. Bukan nko jerk lah!

Bersyukurlah wahai manusia yang tamak haloba! Sialan sungguh kamu ya!

Don't messed up wif me..U will hurt more! dan terima kasih kerana memberikan aku "sakit" begini..

Dear Readers,

I am looking forward to have a better life in 2010 and wish dapat anak :) Itu yang kami carik selama ini. Apa yang dah jadik tuh, kami redha dan mungkin ada hikmah di sebaliknya..

Terlalu banyak planning for 2010.. and aku harap berhenti lah buat aku sakit hati.. belajar lah dari kesilapan. Memang sakit mengakui kesilapan, tapi lega bila dah mengaku...

Effective 1st January 2010, I will have new staff in my team. A big challenge for me in order to tackle and handle her.. But, if no challenge in 2010, it will be dull.. So, grab it!

Good Bye 2009 :)

Selamat tinggal duka.. ingin ku buang jauh jauh rasa sakit hati ini....



Hijjaz - Fatamorgana

 

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari

Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan
Keimanan ketakwaan kepadanya senjata utama

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia

Pulanglah pada Tuhan cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya pada Allah
Allah



2 comments:

zarin said...

selamat tahun baru utk azie n husband...moga tahun 2010 ini membawa cahaya yang lebih bermakna :) cheers!

+a.z.i.e+ said...

Hi Sis Zarin,

Thanks for the wishes :)
Hopefully 2010 also bring more happiness for you and family..