Monday, October 19, 2009

Tetiba teringat masa honeymoon dulu..

Oleh kerana hari Jumaat lepas, batteri keta kiok dan husband pun ada meeting, jadik motor letak kat umah mak. tadi ada makan makan kat umah kazen di kota masai, jadik adik aku amik kat umah. terus hantar barang kat customer dan after that baru gi sana.

Lepas lepak lepak sambil makan makan, kena lah balik umah sebab esok nak kerja babe. Hehe, the best part is tadi balik naik motor!! Auww..

Terus teringat masa zaman honeymoon di Krabi dulu.. Hehe, meronda dr Ao Nang ke Krabi naik motor tanpa helmet. Rileks jerk sey kat sana. Nasib baik tak banyak kenderaan berat, kalau tak aduhai... mati aku. Hehe, dr zaman bercinta sampai dah kahwen, itu lah pertama kali naik motor sama. Haha, jakun! Eh, bukan jakun ah.. jaga keperibadian.




Actually masa honeymoon dulu, ingat ingat nak sewa keta. sebab dpt jalan jauh sket, tp bila ingat balik, buat buat sesat kang, naya jerk. better naik motor sebab kalau salah jalan, senang nak U-Turn. Lagipun rental rates murah sket 250Bath for 1 day and easy to ride. Puas jugak lah kami berjalan. Dapat meronda Ao Nang, Krabi Town and dapat lah gi Pasar Malam yg majoriti Muslim. Seronok sangat!

Pesanan Penaja : Kalau yg belum kahwin tuh, takyah lah nak naik motor ke hulu hilir dengan boirpren ker, kengkawan ker.. sebab kalau jadik apa apa, eksiden ker, kaki dah tempang, haish jatuh saham! bukan itu sahaja, nak buat apa semua susah, dah jatuh pada kategori disable person pulak. Sekarang sayang, esok dah takde pancaindera, semua melayang..

No comments: