Sunday, August 23, 2009

Ramadhan Ya Mubarak

Salamz! Heeee.. dah lama tak menulis kat blog kan! Selalunya hanya update gambor jerk.. kalau ada tulis tulis pun sebab tertekan pasal kerja. Heheehehe, luahan yang tak berpekdah pada orang lain, tapi feel relieve pada aku! =P

Citer pasal kerja.. setakat hari neh Alhamdulillah, semua nya teratur. Cuma lately ada banyak pending job sebab sejak husband sakit that day, byk tertinggal. Then, busy plak dengan management report.. dah tertinggal lagi daily work.. bersambung pulak dengan warehouse sales dan on leave utk beberapa hari. Naik jerk kerja, busy dengan vendor with their new system. Huish, makin berlambak lambak kerja yang tak siap. Hehe, kalau citer pasal kerja memang tak habis habis. Nak buek macam mano kan, kang tak kerjo takdo plak duit nak makan. :D

So, Ramadhan kali neh bermakna dah 2 tahun ler kami menyambutnya sebagai suami isteri. Hehe, so excitednya kurang sket. banyak beralah alah. 1st day turn buka rumah sapa. Bila dah lama kawen neh, (ceh, lama ker? baru setahun jagung cup corn) Haha.. banyak beralah. Hehe, takde hal lah. Buka mana mana pun sama. Asal dapat makan, minum and tunaikan apa yang patut - dah okay.

Semalam buka puasa di rumah mak mentua. Hehe, kami sampai semua dah siap terhidang atas meja. Banyaknya mak mentua masak. Ada Lemak Cili Padi Siput Sedut, Asam Pedas Cili Hidup, Bubur Kacang, Sambal Belacan, Pelbagai kuih muih dan air. Blurrppp.. Alhamdulillah :) Makan secara sederhana. End up after Isyak, tertidur di hall rumahnya. Tak tahu ler kenapa mata neh mengantuk sangat. :( Sedar sedar dah kul 10.30 malam.

By the time nak tidur kat umah, mata tokleh tidur. Kul 1.30 pagi terjaga. Terdengar bunyi ribut petir berdentam dentum kat luar. Terus teringat abah kerja shift malam. Alahai, kesiannya. Mata terus terkebil kebil. Tokleh nak tidur. Mula ler pikir merapu rapu. Tengah tengah pejam mata, tetiba terpikir pasal Westvlaams nya account. Perhal plak neh???? Lepas tuh dah terkebil kebil lagi. Nak masak sahur, hurm husband ajak sahur kat mamak ah plak hari neh. Paksa paksa pejam mata, still tak ngantuk. Neh mesti sebab dah tertidur lepas Isyak tadi neh.. :(

Kul 4.45 am - bangun and siap siap nak sahur kat mamak. Ehehe, dekat jerk mamak ngn umah. Tp kena naik keta ah kan. Kalau jalan kaki, by the time sampai mapley - dapat tengok jam jerk ah. hahaha.. sebab dah masuk waktu imsak. Hehe, =P sahur pun takde ah best sangat kat mamak. Aku makan nasi goreng ayam. Itu pun tak habis. Minum Teh O and air masak. Husband plak makan maggie goreng ayam (kenyang kerr???) Hurm, dengan panorama yg tak best tadi, bantai jerk lah rezeki depan mata. Hopefully kenyang sampai buka :)

2nd day puasa. Ingat nak siapkan kerja kerja opis yang tertangguh. Dr semalam cuba nak buat, tapi banyak betul dugaan. Bila nak buat jerk, tangan neh gatal surf and search tiket ketapi nak ke Langkawi. Haha. Terukkan. Mana ah kerja nak siap. Sebab kalau kat opis tokleh sangat nak surf neh. Banyak web kena blocked. Pebenda ah nak sekat sekat kitaorang web address. Ntah apa apa ntah.

Well, okay ar. Dah panjang sangat citer. Kang tengahari sambung. Nak buat kerja sket.

Selamat Berpuasa Utk Hari Ke-2~

XOXO

2 comments:

zarin said...

wah!rajinnya sampai bawak balik kejer kat rumah..

hari bebuka apa ye??

+a.z.i.e+ said...

Hehe, terpaksa "rajin".. kalau tak, asyik tertangguh sahaja =P

Hari ke 2 buka sambal terung, kari daging, rendang hati ketumbar.