Saturday, May 9, 2009

Resipi - Ikan Pari Masak Lemak Cili Padi

Subjek Utama :

1 kelar ikan pari (utk makan berdua)

Bahan Bahan Elektif :

1 1/2 ulas bawang merah *
5 ulas bawang putih *
3 cm kunyit *
2 cm halia *
35 batang cili padi (30 hijau + 5 merah) *
1 1/2 cawan santan kelapa
1 cawan air (agak- agak)
1 batang serai (sekiranya perlu) *
Asam Keping ( 1 @ 1 1/2 kp sudah memadai)

Add - On :

1 helai daun kunyit
(dihiris - hiris bak bunga rampai)
10 biji belimbing buluh
(dibelah 2 - mcm potong betik)

Hehe.. jangan ketawa yer! Sepatah bapak mertua saya ckp, dek kerana saya bekerja dengan nombor setiap hari.. jadik bahan masakan saya semua terpengaruh dengan nombor nomboran

The guidelines :

1. Goreng/Salai Ikan Pari terlebih dahulu dan asingkan - lumur kunyit please..

2. Blender bahan bahan yang bertanda * sehingga lumat - serai kalau taknak, takper...

3. Tenggekkan periuk dan hidupkan api

4. Masukkan bahan blender tadi ke dalam periuk anda

5. Kemudian, kecilkan api dan kacau perlahan lahan bahan yg telah di blender tadi

6. Setelah dia ala ala menggelegak sket (berbuih), masukkan santan dan kacau - supaya sebati

7. Masukkan Asam Keping dan selepas itu air (agak - agak ah eh)

8. Setelah nampak kuahnya mcm sebati, masukkan ikan pari yang telah digoreng/disalai tadi

9. Kacau (elak pecah minyak) dan masukan belimbing buluh

10. Tambahkan sedikit garam dan bahan perasa (sekiranya perlu)

11. Taburkan daun kunyit dan kacau (sambil hidung cium cium bau keharuman gulai anda)

12. After few minutes, Jeng Jeng Jeng.. dah siap!! Boleh hidang yer...


Hehe, begitulah caranya..

2 comments:

zarin said...

Hi Azie

Ha dah ada pun resepi nya..ni harus I masak lagi..he he..

Thanks a lot..sungguh sedap walaupun semalam I tak goreng or salai ikan tu..

+a.z.i.e+ said...

Hehe, no big deal,Sis!

Saya pun baru baru nak belajar memasak.. ;p