Wednesday, May 20, 2009

Buntat

Dulu masa sibuk nak buat kerja kahwin, rumah mak aku belum extend lagi dapurnya. Jadik belakang umah, ada lah besar 8 kaki tempat sidai baju yang berbumbung.. Kiranya selesa lah jugak belakang umah tuh.. Then, banyak lah cenderamata kawen park kat belakang umah. Memang safety lah.

So, nak dijadikan cerita. 1 hari aku tengah ampai baju sambil memikirkan apa lagi perkara kerja kawen yang belum settle, rumah lepas kawen yg tgh renovate dan pikirkan si jantung hati.. Auwww. Tiba - tiba telinga aku menangkap satu bunyi yang agak aneh di balik kotak kotak yang telah tersusun.

Aku pun jenguk ah. Sekali aku ternampak seekor anak kucing yang alangkah kotornya.. (mcm citer kita sekolah rendah dulu, selamatkan kucing jatuh dalam longkang). Aku pun keluarkan ah dia dr celahan kotak tuh sambil mengomel,

" Ha, aku dah kuarkan nko neh. Gi main jauh jauh. Takyah lepak sini lagi. Aku nak kawen. Kang habis jahanam semua cenderamata aku semua bau nko. Syooohh,"

Tapi dalam hati terdetik jugak.. mcm mana lah anak kucing neh boleh masuk kat celah kotak tuh.. hurm, ajaib..

Aku pun terus ah ampai baju dan bila part aku nak masuk ke dalam rumah, si anak kucing neh asyik ikut bontot aku.. Haish, dia neh.. sibuk betul. Aku malas nak cuci berak taik dia neh. Sampai lah mak & adik aku balik dr sekolah, diaorang terkejut nampak kucing dan happy sekali. Terus bagi nama anak kucing tuh BUNTAT..


Huh, tak glemeres langsung. Aku malas nak layan. Aku yang paling byk menentang. Adik aku yg jakun, kemain mandikan dia.. mak aku bawak gi klinik haiwan.. train dia berak kat bilik air.. Huh.. buhsan. Sampailah 1 hari tuh, abah tetiba nak buang si BUNTAT sebab pada dia takut dia kacau masa kerja kawen... Abah buang dia kat sekolah mak aku. Balik jerk adik aku, dia dapat tahu terus meraung raung mcm orang mati laki. Petang tuh carik kat skolah mak aku x jumpa dah. Adik aku terus demam..

Akhirnya, majlis kahwen berlangsung. Kami sekeluarga dah lupa pasal BUNTAT.

Tiba tiba selepas 6 bulan aku kahwen, mak aku terjumpa balik BUNTAT di kawasan sekolah dia masa majlis MAULIDUR RASUL sedang berlangsung... BUNTAT tenung mak aku yg masa tuh tgh dengar ceramah agama.. Syahdu seppp.. mak aku belek belek dia, cam balik kaler (sebab mak aku rasa bersalah) .. sah inilah BUNTAT yang dia buang dulu. Mak aku terus bawak balik dan tunjuk bapak aku.. Bila mak aku panggil dia BUNTAT.. dia Ngeoowwww... Sah, Jejak Kasih!!

Adik aku pun terus lah gembira.. dan skrg BUNTAT di bawah jagaan kami dan sebulan sekali jumpa doktor. BUNTAT lah penawar jantung hati dengan aksinya. Kekadang kelakar tengok dia. Betullah, Kucing itu teman Rasullah dan mak aku jumpa balik masa sambutan Maulidur Rasul..

Sesunguhnya BUNTAT penuh dengan MISTERI..

Apa yang kelakar, masa aku dapat tahu aku pregnant.. aku cakap kat BUNTAT yang aku nak buang dia, sebab dah nak dapat BABY.. kami tak perlukan dia lagi.. Huh, terus dia merajukkkk... dan tak balik malam tuh.. BOIKOT tidur luar.. Kelakar betul.. Dan bila aku GUGUR.. Ceh, BUNTAT datang kat aku.. Ngeoowww.. ngewooowww.. Lama pulak tuh dia berngeeow... mesti dia berleter kan aku.. sebab mulut aku jahat..

No comments: