Monday, April 20, 2009

Satu kebetulan atau satu petanda?

Tadi tengahari mak ngn abah amik aku kat umah bawak gi Johor Specialist Hospital (JSH) for medical checkup dengan Dr. Madam Lim. Semuanya berjalan dengan baik dan rahim yang membengkak dah mula susut. Dia bagi aku MC 16 hari from Jemahat lepas sampai after labour day. Bermakna aku naik untuk closing sahaja. Owh tidak! Tapi, aku rasa aku nak amik peluang neh.. utk berehat rehatkan badan kat umah. Bukan badan ajerk, pikiran pun sama. Aku malas nak pening pening kat opis.

Sepanjang perjalanan balik dr JSH, mak ngn abah bawak aku gi Senai sebab nak amik barang. Lepas amik barang tuh, kami pun nak balik ke rumah. Mula mula abah nak ikut jalan Seelong (jalan lama) tapi kemudian berubah pikiran.. ikut highway. Ops sesak betul kat Pekan Senai tuh. Redah mcm biasa sebab abah nak naik hi-way PLUS ke Kempas.

All the way, aku banyak pikirkan pasal aku, si suami dan my life. Whut shud i do and apa yang perlu aku berubah.. sambil melayan lagu YUNA.. tetiba tetiba.. semua keta brake and abah ketepi.. apa yang jelas di mata kitaorang - seorang pemuda dah terbaring kat tengah jalan. Motor nya bersepai tak tahu nak cakap mcm mana. Aku tergamam! Mak aku terus meraup mukanya sebab terkejut. Nampak gaya pemuda tuh telah pergi ke alam lain. MATI!!

Aku terkejut terus mual (ini memang sifat aku sejak kecil, tak boleh nampak eksiden yg baru berlaku, sure aku nak muntah dan pening). Dari tempat kejadian, aku rasa benda neh baru berlaku.. rasanya mungkin pemuda tuh baru melepasi kereta kami.. rasa tak sampai 1 minit kejadian tuh. Abah terus naik PLUS dan aku dengan pantas telefon 999 (aku memang pemanggil setia 999 sebab kesian dengan mangsa2 kemalangan). Telefonis tuh transfer lain aku pada POLIS dan aku menerangkan lokasi kejadian. Arghh.. susah nak terangkan tapi apa yang pasti, kalau polis tuh lalu sure nampak eksiden tuh. Kesian aku tengok pemuda tuh. Helmetnya tercabut. Lori yang langgarnya. Masa aku lalu tadi, driver lori tuh pun baru turun dari lori dan baru sibuk nak call sapa agaknya.

Aku memang pantang tengok benda benda mcm neh, Aku very very sensitif; apatah lagi skrg aku pun asyik nak menangis. Baru tadi aku memikirkan pasal qada' & qadar dan skrg Allah tunjukkan pada aku apa sebenarnya yang kita cari dalam kehidupan ini.

Satu kebetulan atau satu petanda? Aku masih memikirkannya.

No comments: