Thursday, March 5, 2009

Menyesal tak sudah

Aku ada satu habit yg paling teruk sekali. Setiap kali aku jumpa benda yang aku sangat suka.. aku akan terus beli dan beli tanpa menoleh kebelakang. Dan kemudian, aku akan rasa menyesal sebab aku terover spend.

Seperti contoh, masa trip to Kedah.. aku dah berhabisan beratus ringgit demi teruja melihat pinggan mangkuk Corelle yang bunga nya tidak ada di mana mana pusat membeli belah di JB. Selain Corelle, aku sudah beli periuk Vision yang mana menjadi angan angan aku sejak dulu lagi.

Bila aku pulang ke hotel, aku jadik menyesal kerana terover spend. Di mana duit yang belanjakan tuh sepatutnya aku simpan utk kecemasan. Dan apa yang pasti, sejak malam tuh aku setia memujuk bapak aku untuk beli pinggan Corelle tuh dengan harga yang sama mcm aku beli (yer ah, belum pakai lagi sey. Baru beb!)

Sehinggakan betapa stressnya aku.. aku siap bercadang nak mengiklankannya di MUDAH. Huh, tapi sekarang belum terjual lagi pinggan Corelle tuh. Masih cantik di dalam kotak. Anda berminat? Contact ah saya!

Hari neh, kisah lama berulang lagik. terover spend pulak rasanya! Arghh tension! Aku sudah beli kain berpasang pasang di Arab Street, Singapore. Gara gara mak aku yang nak carik kain kasa rubiah, akhirnya aku yang terjebak. Aduh! Hampir ribuan ringgit tadik...

Memang cantik kain kain yang aku beli dan sales nya aduh mengalahkan Malaysia. Kualiti kain jauh berbeza dan jauh lebih murah. Opss.. kalah kain yang dijual oleh kedai yang very popular di KL dan nyata jauh baik kualitinya dr kedai kain yang ternama di Malaysia. Kalau di taja, aku suka kain di sini!

Dan akhirnya, lepas membeli belah sakan tadi.. tiba tiba datang rasa menyesal yang amat sangat. Tak sepatutnya aku spend duit begitu banyak dek hanya kerana aku gila melihat sales nya. Adakah mungkin aku membalas dendam sebab takde shopping di KL tempohari. Eventough, ke Jalan TAR, ke Maya, Semua House ke Pavillion.. tidak ada yang berkenan. Jadik aku pulun berhabisan di Arab Street. Arghh...


(gambar neh masa pening pilih baju nikah di Arab Street last year.. betapa banyak sangat pilihan, aku hampir jadik gila!)

Aku pikir aku nak jual balik semula kain yang aku beli tadi.

Gila kan aku?

Erkk.. gua menyesal beb tapi sayang.. kain kain masih cantik dan sesuwai dengan tudung yang aku dah beli.. owh.. :(

Menyesal tak sudah, dek non.

(gambar neh masa pening pilih baju nikah di Arab Street last year)

tak giler ker kalau nampak baju/kain yang lawa lawa mcm neh??

2 comments:

Anonymous said...

Ye lar... Balas la dendam yek... dendam kesumat... kan kan kan cik kiah... ops...

+a.z.i.e+ said...

ini mesti B neh.. huhu