Monday, June 28, 2010

Roda Kereta Lembu

Hidup neh ibarat roda, ada kala kat atas ada kala kat bawah

Lagi lah best, kalau kita dapat bayangkan, roda tuh macam roda kereta lembu.. Best kalau kat atas, and tak best kalau kat bawah, sebab kena lenyek tahi lembu.


Haha!


Aku a bit stress & pressure last week. Sebab? Sebab ada module new system and byk benda nak prepare. Suppose benda neh pihak berwajib compile, and aku dah lama bagi pada mereka all the details. End up masih nak mengharapkan aku yang explain and present.


Okay lah, mungkin sebab aku nya field, better aku yang present and terangkan. Yang tak sedapnya, masa pembahagian kerja neh, dlm email pun nak sound sound pasal MC, EL and OL.


Mula - mula aku baca email tuh, aku diam and gelak dlm hati. Aduhai, tak habis habis nak cerita pasal EL, OL and MC. Benda neh bukan diminta kan.. Tuhan nak duga. Lagipun, apabila kita sakit neh, itulah masa kita nak mintak maaf & ampun kat Tuhan. Sesi penghapus dosa.


Well, aku ingat sampai situ jer sakit hatinya. Sebab dr last week nak gather semua orang, tapi semua tak boleh nak attend.


Owh tidak rupanya!


After module new system end up hari Jumaat lepas, kami semua dipanggil utk a short meeting to announce yang cuti semua kena freeze bermula dari 19/07/2010 - 23/08/2010. During that period, ada business modelling where involve ramai staff and termasuk lah aku.


Siap selit dalam short meeting tuh, No MC and No EL! Jaga kesihatan.. 


Okay aku terpana! Terus kecik hati babe! Rasa nak menangis. Kenapa mesti nak sound sound pasal benda tuh. Kalau tak suka orang sakit, means awak tuh tak suka Tuhan lah kan. Aku diam sepanjang meeting and naik berserabut kepala hotak aku.


Kepala otak terus ber Q & A sendiri. For me, if tak puas hati, panggil masuk bilik and slow talk. Jangan terus menghukum tanpa hari esok.


Dalam hati, takper. Hari neh hari dia.. esok esok hari dia lagi. Siapa aku nak tandingi dia..? Berkuasa dan berpangkat memang boleh bercakap tanpa pikiran.


Tapi, ingat aku ckp awal awal tadi.. Hidup neh ibarat roda! Adakala kat atas, ada kala kat bawah.


Haaa.. kan! Hari neh orang yang asyik sound aku, terus EL atas alasan suami sakit. 


Auww! Aku ingat kan puak dia neh takde sakit2. Sihat jerk sentiasa.. Owh boleh sakit rupanya. Ingatkan gagah perkasa sentiasa.. rupanya ada sakit. Tuhan nak duga kan, kita sebagai hamba boleh tolak ker? Boleh? 

Hurm..


Terima kasih, Tuhan kerana mendengar rintihan hati orang yang teraniaya neh.. 


~Bercakap tanpa pikiran ibarat berjalan tanpa pakai baju di jalanan~









No comments: