Wednesday, May 12, 2010

Buah Tampoi

Nkorang pernah makan buah tampoi tak? atau pun ada setengah orang panggil dia buah sentul.

Aku 1st time makan masa kat Penang.. masa kekecik lah.. jadik hari tuh, bila gi Cameron masa CNY, terjumpa banyak buah tampoi yang dijual oleh orang asli kat tepi tepi jalan.

Masa ternampak tuh, terus telan air liur.. sebab rasanya masam masam manis. 

Hehe.

Husband saya terus ketawa dan tersengih tengok gelagat saya telan air liur.

Balik dari Cameron, husband singgah beli buah tampoi.. 4 - 5 ikat.. hehe, saya bantai makan dalam kereta dan selebihnya, kasik kat mak & mak mentua.

Ini lah buah tampoi .. macam buah pinang.. warna orange coklat

Cara kopek macam makan buah duku.. isi nya warna putih

Close up

Dalamnya ada biji, macam buah duku.. rasa masam masam manis

Sederhana sahaja isi nya

Harap harap masa pergi Cameron hujung bulan neh, ada lah lagi buah tampoi. Hehe, boleh lah borong lagi dan makan. Terliur dah neh.. yummy!!

Lokasi kopek buah tampoi utk ambil gambar : Rompin Beach Resort

(abaikan gambar tilam yang banyak tuh, sebab kat chalet kan.. haha)


2 comments:

the principal said...

dulu kat kpg k emy ada pokok dia; besar & tinggi. now dah susah nak jumpa

+a.z.i.e+ said...

Wah, bestnya! kita tak pernah tengok pokoknya.. kalau kat Johor, memang payah nak jumpa buah tampoi..