Sejak akhir akhir neh, aku dan encik suami jarang sekali tengok wayang. Rasanya last sekali masa tengok Book of Eli. Itu pun beberapa bulan lepas.
Nak tengok Clash of the Titans, time plak tak kena.
Jadik semalam lepas gi Jom Heboh & Bazar Karat ngn family, jumpa encik suami kat umah. Kaki dah penat berjalan, mata pun jadik mengantuklah.. tapi encik suami ajak tengok midnight.
Aduh.
Tak laratnya. Dengan buat muka sedih, terpaksa berterus terang; tak larat. Kalau pergi pun, for sure aku akan tidur dlm movie. Buat penat badan sahaja.
So, tadi aku pun menebus lah aktiviti yg tak jadik tuh. Aku yang pilih movie apa yang nak tengok. Sebab weekends kan hari dating. Hehe, sebenarnya takut2 aku tertidur, kalau bukan aku yg pilih.
Aku pilih citer neh..
Sebab masa tengok citer Book of Eli, ada preview citer neh. Nampak mcm best. So, itu yang pilih. Tapi, memang best lah!!! Tak menyesal.. sesuwai utk husband & wife yang dah selalu buat benda routine yang sama everyday. You should try something new.. Phil & Clarie will show you in this movie :)
So, apa lagi.. pergi lah pecah panggung, babe sebelum terlambat :))
*adios*
No comments:
Post a Comment