Dek kerana bayaran bonus yang agak lumayan kali neh.. aku dan suami pun berkira kira nak g bercuti lagi. Wah, banyak tempat yg dah disenaraikan. termasuklah outbound.
aku pun mula lah telefon 1 travel agent yg ada connection ngn company aku. mintak carikkan tempat dan offer yg best. sebab dah terlewat aku malas nak yang DIY. aku pun dengan gumbira nya cakap..
"dek, carikkan akak pakej yang outbound. akak nak g masa raya cina".. aku
"akak biar betul? hari neh dah 20hb kak.. mana sempat nak buat and book hotel. nak buat visa (ceh mcm lama sangat).. memang x sempat.. lain lah last week akak request".. kata kerani sime darby holidays
"erkkk.. inbound pun boleh lah".. aku berkata dengan kadar kecewa
"semua allotment kitaorang dah penuh.. baik langkawi, redang, KK .. takdelah kak"... kata kerani tuh lagi..
Huarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. tensionnya!!!! Mana aku nak jalan neh.. dah lah cuti panjang sampai 10 hari.. itulah, kalau announce bonus awal2 kan bagus mcm company husband aku.. dah boleh plan nak jalan mana...
Damn!
p/s: agak2 g kl, ada kedai bukak tak?
No comments:
Post a Comment