Friday, December 19, 2008

Al Fatihah : Farah Nadirah's Husband

Semalam petang tetiba handphone aku menjerit jerit mintak diangkat.. jam dah 5.30 petang... keluar pulak private number.. malas betul.. mesti orang jual insurance.. aku dengan berat hati.. pun angkat gak ah panggilan tuh..

Caller : Beb, aku ah azah.. lu dah tahu belum? (suara mendatar)

Receiver : Ha, pasal apa? (tetiba hati aku terus dag dug dag dug)

Caller : Husband Farah.. meninggal pagi tadik.. eksiden..

Receiver : Ha.. Innalillah.. kena kat mana?

Caller : Kata dekat Highway P Gudang.. aku pun tak tahu... ini pun Suzi call tadi.. ckp pun laju semacam jerk..

Receiver : Eh, dah kebumi belum? sempat tak aku melawat neh?

Caller : Aku rasa dah kebumi ah.. sebab kena pagi tadik.. dengar, Farah tgh pregant skang.. 2nd child..

Receiver : Ish, ye ker? Mcm staff aku pun hari tuh pun mcm tuh.. sama kes.. aku baru jumpa Farah hari tuh kat Jsuco Tebrau.. dia dengan anak dia & husband.. happy jerk dia...

Caller : Tuh lah pasal.. skang neh apa apa semua jadik x kira ah beb.. tak pepasal jerk.. eh husband nko dah insurance?

Receiver : Ish, belum. Aku rasa aku kena beli lah satu plan. Nko ada kan? (Ha, kan betul jual insurance...)

Caller : Ada ada.. Maybank mesti ada... nko plan lah nak byr yg mcm mana.. nanti jadik mcm anak jiran aku, last week eksiden passed away.. baru kerja burger king.. masa bukak akaun maybank.. aku pujuk soh masuk insurance.. elak elak.. sekali bila eksiden.. mak dia tertanya tanya kat aku.. sian aku nengok.. ha nko tuh, cecepat beli insurance aku... (cis, sempat lagi tuh)

Receiver : Ha yer lah yer lah.. nanti nko datang umah aku tunjuk plannnya eh.. (tunjuk minat ah sikit).. ok ah bye (kang lagi lama.. byk lagi dia pujuk.. Hahahaha)

Kesian Farah... last aku jumpa dia kat Jusco Tebrau. Dia kemain gembira nampak aku ngn mak aku. Masa tuh byk betul kenalan yg aku jumpa. Aruah Husband dia pun ada. X sangka semuanya sekejap jerk nak jadik... lagipun bila aku baca berita suratkhabar hari neh.. bukan salah arwah husband dia.. salah lori tuh.. mcm mana lah anak dia nanti.. kasihannya..

Pepe pun Farah.. nko kena tabah! Hidup mesti diteruskan.. kuat kan hati utk Lulu and anak yang dikandung tuh..

Lebuhraya Pasir Gudang neh memang bahaya ah.. aku tetiap hari ulang alik.. pagi petang malam.. mulut tak berhenti berzikir.. sesekali rasa takut.. lori besar besar.. bawak laju laju... Ya Allah selamatkan perjalanan ku..

Ini berita arwah husband Farah..

Kemalangan maut di lokasi sama


TERSEPIT... ANGGOTA pasukan bomba dan penyelamat cuba mengeluarkan kelindan lori yang tersepit dalam kemalangan di Kilometer 21, Lebuh Raya Pasir Gudang menghala ke Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 18 Dis. – Hanya empat hari setelah berlaku kemalangan ngeri yang meragut empat nyawa, lokasi Kilometer 22, Lebuh Raya Pasir Gudang menghala ke Johor Bahru di sini sekali lagi menjadi tempat kemalangan maut, pagi ini.

Kali ini, seorang penyelia sebuah syarikat swasta, Othman Kamat, 28, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kemalangan yang membabitkan tiga buah kenderaan hanya kira-kira 100 meter dari lokasi kemalangan Ahad lalu.

Ketua Trafik Daerah Seri Alam, Asisten Supritendan Sufian Abdullah berkata, kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi itu membabitkan sebuah lori membawa barangan, sebuah lori pembancuh simen dan sebuah kereta Perodua Kenari yang dipandu oleh Othman.

Menurut Sufian, kelindan lori berwarna biru yang membawa barangan, dikenali sebagai Sandrasegar, 32, mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dan pinggang.

“Sementara itu, pemandu lori barangan terbabit, M. Vijayakumar, 24, dan pemandu lori simen, Mohd. Zamri Abas, 28, hanya mengalami kecederaan ringan.

“Mayat mangsa yang dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini telah dituntut oleh ahli keluarganya, sementara kelindan lori yang cedera parah masih dirawat di hospital itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sufian berkata, ketika kejadian, lori yang membawa barangan itu menuju ke arah Pasir Gudang, dipercayai hilang kawalan akibat tayar bahagian hadapan di sebelah kanan lori itu pecah.

Ekoran hilang kawalan, katanya, lori itu memasuki arah bertentangan lalu merempuh sebuah kereta Perodua Kenari dan sebuah lori pembancuh simen.

Sementara itu, usaha untuk menemu bual isteri kepada Othman di bilik mayat HSI tidak dapat dilakukan memandangkan wanita itu masih trauma dengan kejadian itu.

Rakan sekerja kepada mangsa, Hassan Azhari Hashim, berkata, Othman merupakan seorang yang ceria namun semalam bertukar sikap dengan banyak termenung seorang diri di tempat kerja.

Katanya, mangsa yang mempunyai seorang anak perempuan berusia kira-kira setahun, tinggal di Permas Jaya di sini.

Al Fatihah

2 comments:

farrah said...

Salam,

Eh ini Farah Nadirah yang duduk kat corner lot Permas Jaya tu ye? Ini kawan baik saya dulu ni masa kat MRSM!!!

Sori, nak mintak tolong sikit, boleh bagi contact no dia pada saya? Nama saya Farrah juga.

Tak sangka...

+a.z.i.e+ said...

uiks.. saya baru perasan comment awak.. yerp! dia duduk corner lot.. nanti saya cuba bagi awak..