Saturday, April 5, 2014

Al Fatihah buat Atok Conet - Haji Yusof bin Haji Lassim

3 April 2014
4.55 pm

Atok Conet kembali ke rahmatullah pada jam 4.55 petang pada tarikh 3hb April 2014 (Rabu); sebaik usai Azan Asar. Mak, Mak Adek, Atok Mak dan Kak Jue dapat mengadap ketika arwah hembus nafas terakhir.

Saya sayang Atok Conet. A very sporting Atok! Selalu berbual, selalu bawak kuar makan, selalu ketawa, selalu dengki mendengki, selalu request nak air Kopi (pronounce as Kupi) :(

Atok Mak very attach with Atok Conet. Pergi ke mana mesti bersama. Hatta, setiap waktu tak pernah berenggang apatah lagi sekarang neh Atok Mak Alzheimer. Selama neh, arwah Atok Conet yang set ubat ubat untuk di makan dan pass pada Atok Mak. Atok Mak hanya sediakan air dan makan ubat sahaja. Yang lain semua Atok Conet buat.

Atok Conet mula tak mahu makan sejak dua tiga minggu lepas. Sebelum neh, Arwah kuat makan. Sentiasa lapar akibat makan Vitamin provide by Doktor Pakar from HKL. Bila Arwah dah mula tak makan, mendatangkan kerisauan pada kami semua. Oh ya, Arwah Atok Conet dan Tok Mak duduk rumah my parents and alternate rumah Mak Adek di KL. After few weeks, Atok Conet tiba tiba sakit dan terus koma... makan/minum hanya melalui tiub. Setiap hari kami mendoakan Arwah dan kami redha.

Sebak sangat. Sejak Atok Conet pergi, Atok Mak banyak termenung dan air muka dia mcm confuse sebab tak nampak bayang Atok Conet. Setiap kali dia nak makan, dia nak kuar rumah.. Atok Mak akan search her husband whole house. Masuk bilik sana, sini,,, ke dapur semua.. sambil tanya nampak tak Atok Conet. Bila kita terangkan Atok Conet dah meninggal dunia.. she cant accept it. She said; why dia tak tahu. Dia marah kita semua jangan main mainkan dia. Oh No... tears down... 

During the funeral, Tok Mak nampak Arwah Atok Conet di mandikan, di kafankan, di sembahyangkan dan di kebumikan.. tapi she cant even remember anything. Tok Mak cuma tahu, Atok Conet akan ada bersama dia selepas majlis tuh nanti.

Rasa tak puas nak bermanja dengan Arwah Atok Conet. Kali neh memang betul rasa kehilangan sbb Arwah tinggal bersama dengan kami.

Al Fatihah buat Haji Yusof bin Haji Lasim.
We love you so much and we miss you :((






No comments: