Wednesday, September 25, 2013

Home-made Fish ball Soup

Hai bertemu kembali di rancangan memasak bersama Kak Ton :)

Haha. Memang dah lama tak update blog.. busy nokss! Kali neh Kak Ton nak share resipi turun menurun dari mak mentua dan ia menjadik kegemaran encik suami.

Boleh di makan begitu saja atau dgn nasi. Hari neh Kak Ton masak sempena Amanda demam; since dia takde selera nak makan.. so sup lah menjadik pilihan.

Home-made Fish ball Soup

Bahan-bahan (A)

Ikan Tenggiri - 1 ekor sederhana
Tepung Jagung - 1 sudu
Garam
Ajinomoto - optional
Rempah ratus - kayu manis, cengkih, bunga lawang, etc

Bahan-bahan kisar (B)

Bawang Merah
Bawang Putih
Halia

Bahan Tambahan (C)

Kentang - potong dadu

Cara-cara hendak buat:

1. Amik isi ikan tenggiri tuh dengan sudu. Macam hiris bawang dan amik dengan kulit2 nya sekali
2. Tulang tulang ikan tenggiri tuh letak tepi (setelah amik isinya)
3. Amik satu sudu tepung jagung dan tabur kat atas isi ikan
4. Letak garam dan ajinomoto (optional) sikit
5. Gaul sebati
6. Basahkan tangan sikit; dan terus buat bulat bulat fishball

Cara-cara hendak masak:

1. Panaskan minyak
2. Masukkan bahan-bahan rempas ratus
3. Tumis bawang merah, putih dan halia
4. Masukkan kentang yg telah dipotong dadu
5. Masukkan air utk kuah sup
6. Biarkan renih sampai kentang empuk
7. Apabila kentang dah empuk, masukkan fishball tadi
8. Boleh masukkan sekali tulang2 ikan tenggiri yg ada diketepikan tadi.
9. Masak hingga didih/renih
10. Jangan lupa letak garam sedikit utk enak.

Dah siap... boleh dimakan dgn nasi putih dan sambal kicap :)



ikan tenggiri


Ambil isinya

Ini Isi Ikan Tenggiri

Tepung Jagung

Amik sesudu Tepung Jagung

Tabur di atas isi ikan

Bulat bulatkan isi ikan tadi macam neh.. sekor ikan estimate dapat 40 biji ball






Dah siap home-made fishball soup

Selamat mencuba!

No comments: