Wednesday, July 31, 2013

Krabi with love and ........ something bad had happen

Berjanggut nak tunggu gue update kisah our 2nd trip to Krabi

Dah lama pergi, about 2 months ago. Ada suka, ada duka. Tapi yang penting ada meninggalkan kesan pengalaman tuh. We all pergi bulan 5 where kat sana low season. Kita ingat low season bermakna budak tak cuti sekolah kan, rupanya lain maksudnya.

Bukan budak sekolah.. cuaca yang kurang baik di namakan low season okeh.

First day sampai - ok gembira dgn hotel segala.Jalan2 sana sini.. enjoy food and naik motor. Baru realised tak bawak camera, Damn! harapkan Iphone ngn Ipad jer lah.

Second day - pergi ke Emerald Pool and Elephant Trekking
Enjoy jugak. Siap buat adat elephant kat sana.Memandang kan Amanda ayik nangis, tourist guide tuh cadangkan Amanda kena lalu bawah perut elephant utk buang nangis. Sekali dah buat, betul nko... tak nangis anak aku. Elok jer perangai. Hahaha
Masa neh dapat berita Bak (Pak Long) kena stroke kat JB. Mood dah hilang sket.

Third Day - Ingat nak buat Island Hopping ke Phi Phi Island.Sebab last minute, kitaorang gi Poda Island and snorkeling naik Long Tail Boat.Mula mula cuaca baik, cerah and so on... sekali masa kat Poda Island,,, ribut nko!!!Haaa nak meraung masa tuh.. angin kuat sangat. Stuck kat Island tuh dalam sejam.After dah reda, kitaorang pun balik ah ke boat and mintak the boat guy teruskan perjalanan. Sekali tiba tengah tengah laut, ribut petir taufan semua kan. Nak terbalik boat. Aku ngn adik2 aku dah meraung nangis dah. Adik aku yg lelaki azan banyak kali. Masa tuh takde fikir lain, fikir mati jer. Mati lemas. Dalam hati berdoa, mulut berzikir. Amanda aku selubungkan dengan kain. Husband pegang kembes plastik depan boat.Bayangkan kitaorang stuck kat tgh laut about 1-2 jam. dengan ombak yang masuk dlm boat. Owh tidak... pengalaman yg menakutkan. Nasib baik my SIL tak ikut bawak baby. kalau tak, mcm mana lah..Selamat sampai ke tanah besar. Sampai kat Jetty/Peer ada 2 3 ambulance. rupanya yg naik speed boat ramai yg cedera sbb ribut tuh. haa nko... Syukur Alhamdulillah kami selamat. Serik!

Fourth Day - Cancel trip to Phi Phi Island. Sebab takut experience semalam berulang lagi. So, utk tak buang masa, kitaorang gi Krabi Town naik motor. 4 biji motor. Carik sagat kelapa. Haha, naik jenuh carik sagat kelapa okeh. Orang Thailand bukannya paham. Last last ada mat salleh tolong kitaorang. Masa nak gi Krabi Town neh, aku ngn husband sikit lagi nak kena rempuh dengan Triton, sebab tetiba ada couple mat salleh neh main lintas jer motor dia. Si Triton tgh laju, brake kuat giler dan nak rempuh kitaorang. Bongoks betul.

Fifth Day - Yeay! Dah nak balik Malaysia. Trip yang begitu mencabar. Rasa mcm Ya Allah, lamanya aku kat Krabi neh. Bila lah boleh balik Malaysia. Mungkin kali neh rezeki kurang baik. Sebab takde plan apa2, dek kerana sibuk kerja masing2. Tuh yang mcm kosong. Kesian kat mak, sebab dia tak dapat gi Phi Phi Island. Dia teringin nak pergi.

Its okay, mak,.. nanti kitaorang bawak mak gi tempat lain okeh. We go to negara maju pulak. Mungkin ada rezeki kat sana, In Shaa Allah.

At Changi Airport.. tgh tunggu boarding

Amanda excited sebab nak naik aeroplane. Padahal dulu dah naik gi Ho Chi Minh. Tak ingat kot kecik sangat.

Check In

Husband & Wife.. Excited teringat honeymoon dulu. =P

Daddy's luv

With Mummy


Excited anak beranak.. pastuh dah tiba sana, haa horror pengalaman nko

Amanda excited tengok luar

@Changi Airport
Dah puas excited.. tertidur pun akhirnya...

Banana Pancake.. Sedap!!

Ini kawasan gerai yg kat tepi jalan.... ada nasi ayam, ada tom yam.. boleh lah utk lepas lapar

Malam pertama tuh kitaorang gi Krabi Town naik tuk tuk.. Chartered satu tuk tuk dalam RM 40 pergi balik. kitaorang gi Night Market. Ada jual mcm2... souvenier dan makanan. Ada tempat lepak utk makan sambil tgk konsert percuma. Night Market neh hanya time weekend jer

Ada budak tuh excited nak naik benda alah neh. alah dalam RM 2 jalan 10 minit. okay lah jugak.. Cuma tapak pasar malam kan.. tahu ajer lah sekeliling tuh mcm mana

Soap Flower.. Chantek2.. tapi aku tak beli pun... hehehe...

Ramai orang

Muka gedek

Breakfast kat beranda bilik

Hari hari breakfast nasik kuning + ayam.. sedap!

picisan-kuliketip.blogspot.com
Ao Nang .. Dulu masa honeymoon, Ao Nang sangat bersih dan mendamaikan. Sekarang agak kotor dan sesak. Mungkin ramai yg dah tahu pasal Krabi.

Our hotel. Ananta Burin Resort. Kami amik 3 bilik via Agoda.com

anak beranak bergurau..

 So far, rasa bersyukur semuanya selamat dan semoga ada umur lagi kami semua dapat pergi tempat yg lebih baik. Amin!

No comments: