Thursday, April 5, 2012

Review Ho Chi Minh Trip - Day 1

Pergh, baru sempat nak update pasal Ho Chi Minh ... 
Busy sesangat + malas pun yer jugak

Actually pergi HCMC neh last minute nya plan. Dok dink donk dink donk dengan kerja, outstation, Amanda kuar masuk hospital, akhirnya pejam saja biji mata terus decide nak pergi..

Adik aku, Zaim + adik ipar aku yang uruskan semuanya. Aku tahu berapa kena bayar dan prepare apa nak bawak. Dua hari sebelum pergi ke HCMC, masih outstation di PJ. Otak masa tuh memang serabut giler, but yet tak sabar nak jalan.

We all bertolak hari Sabtu 25/2/2012 from Singapore. Kami naik Tiger Airways. So, janji dgn Mr Wong utk amik kitaorang kat rumah. Naik Grand Livina.. Ya Allah, sempitnya. Kami 6 dewasa + 1 toddler.. bayangkan lah. Dengan bag lagi.. dengan badan besar lagi.. Nasib baik bawak beg sikit.. tapi dalam kepala dok pikir mcm mana lah nanti kalau balik.. mesti tambah bag kan.. But, buat boddow jer.

Flight pukul 11.45 pagi kalau tak silap. So, Mr Wong amik kul 8.30 pagi kat rumah my parents, terus direct ke Terminal 2, Changi Airport. Tak jem. Senang jer pergi.. Sampai airport dalam sejam lebih.. then, tukar duit semua.. baru masuk kat gate..

One happy family


My parents and brother

Take off around 11.45 am .. perjalanan dlm masa 2 jam 15 minit.. sampai HCMC around 1.45pm waktu Malaysia.. excited masa sampai.. tapi yang terkejutnya, negara dia tak yah isi White Form pun.. tak mcm negara2 lain.. sekadar cop passport, then boleh jalan.. Airport dia pun takde lah besar mana.. mcm Senai Airport gitu .. hehe





Before pergi HCMC, aku ada search beberapa blog dan bertanya dgn kengkawan yang pernah pergi dan menetap kat sana. Since company aku pun ada subsidiary kat sana, so aku byk lah tanya dengan colleagues yang memang asal dr HCMC.

Aku tanya kengkawan, mcm mana nak gi bandar HCMC dari airport. Nak naik cab, berapa chargenya? Kawan kata about RM 40 dan amik masa around 30-45 minutes.  Kalau naik local bus, hanya 60 sen sahaja. Perjalanan dia pun sama jer. Dia soh kitaorang amik bus number 152. Bus tuh ada kat luar airport.. from taxi area dah boleh nampak.

Hehe, pada aku lagi enjoy naik bus. Sbb boleh tengok mcm2 aksi disepanjang perjalanan. From airport to HCMC City tuh, takde lah boring. Sbb dia memang lalu jalan yg sibuk. Kat sana dah dah banyak motor, memang sentiasa dgr tin tin tin honk honk honk lah. 

Aku pun mcm jakun bila tgk tepi2 jalan, jual helmet, jual penutup mulut.. hehe, satu pengalaman baru. Driver bus tuh charge kitaorang VND 4,000 .. memang murah sangat. Bus tuh akan berhenti di bus stand Ben Thanh Market. From bus stand tuh nak pergi hotel memang senang sangat. Takde lah takut sangat.. sebab kat sana sentiasa busy.. jadik kalau sesat, boleh tanya dgn local people.. yg penting bawak address, senang sket mereka nak tunjukkan direction.




Amanda first time naik bus.. hehe budak lelaki yang dok depan kitaorang neh.. adalah anak kepada driver bus tuh.. boleh berbahasa inggeris.. senang sket nak berkomunikasi :)


Kami duduk kat Thanh Le Hotel .. about 5-8 minues walking distance to Ben Thanh Market.. agak tersorok sikit, tapi hotel dia bersih dan bilik dia besar sangat. Puas hati lah. Kami beli from Agoda .. so, kalau nkorang nak berjalan jauh.. booking hotel melalui agoda.com .. memang berbaloi. Kitaorang stay situ 4 hari 3 malam about USD 65 (total) .. murahkan.. suasana dia pun okay..


After check in hotel, perut dah mula lapor lah kan. Sbb tak makan dr Singapore lagi.. maka, kitaorang nak gi makan kat Halal Saigon.. cakap kat Taxi Driver tuh.. rupanya dia tak paham.. pusing2 akhirnya tak jumpa.. last2 patah balik ke hotel semula.. 


Kami decide turun kat Ben Thanh Market.. and pusing2 akhirnya nampak one lady pakai tudung.. aku pun kejar dia.. tanya2 kat mana nak makan yang halal.. dia pun explain, makan kat satu kedai kecik nama dia Hajjah Basiroh.. after makcik tuh tunjuk direction.. kitaorang pun hunting lah kan.. 


Akhirnya jumpa, warong tuh depan Saigon Pink 2 Hotel.. kedai tuh ada jual telekung/baju kurung.. so dia bukak kedai kecik utk masak2.. mostly customer dia memang orang Malaysia.. oleh kerana dah lapor, takde gambar di ambil... kami order nasi goreng ayam 6 + 1 kuey teow goreng + air tin .. total damage about RM 80


Agak mahal .. tapi dah takde choice kan.. telan jer lah.. Hajjah Basiroh tuh ada sediakan perkhidmatan tour ke Sg Mekong .. about USD 25 per head siap makan .. kira okay lah jugak..


source : google

Lepas makan, kitaorang gi night market dia.. wah terus giler nak shopping .. tapi memandangkan Amanda meragam, aku and husband balik ke hotel semula .. dan tido! Tapi mak, abah, zaim dan miza shopping sampai tak ingat nak balik...

Hehe, to be continued

No comments: