Saturday, February 19, 2011

Highway Pasir Gudang Tidak Selamat Lagi Kah?

Hari hari aku lalu hi way Pasir Gudang! Baik pagi nak gi kerja, balik dari kerja, pergi umah mak, balik umah mak. Memang tu saja laluan bagi kami penduduk Pasir Gudang, Masai dan kawasan sekitarnya.

Bagi yang kerja kat kawasan Pasir Gudang pun, memang lah kena lalu jalan neh. Baik Hi Way takpun Jalan Lama Masai. Dan boleh di kira berapa banyak kemalangan berlaku.
Sepanjang minggu neh, 2 kemalangan maut. Yang baru jadik, pagi tadi! Ye, pagi tadi.. Meremang bulu roma aku.. Dah ler, dengan bawak Amanda.. aku risau betul. Selawat sambil raup muka Amanda bila lalu kawasan accident tuh tadi.

Hurm, mayat masih terbujur kaku di depan lori pasir. Motor dah tergolek jatuh dan orang semua dah berhenti. Jammed jangan cakap lah. Mula mula jalan okay sajer, tetiba brake dan tak bergerak. Dah agak eksiden, tapi tak sangka plak kemalangan jiwa!

Aduh, kesian sungguh tengok mayat tadi. Bayangkan nak gi kerja, anak2 kat sekolah.. bini kat umah .. tetiba dapat berita yg menyedihkan. Tak dapat nak bayangkan.
Sorry, aku sedikit emosi!

Sebab husband aku pun bawak motor. Aduhai, risau betul! Malang tidak berbau.. tapi kalau boleh elak kan lah..
Sejak Johor di landa hujan tanpa henti selama 2 hari tuh, highway Pasir Gudang semua lubang lubang. Bukan kecik nya lubang... sebesar besar tidak! Ntah bila lah JKR nak turap balik. Aku rasa sebab lubang jugak, kemalangan might be happened! 

Ini nak Festival Layang Layang .. baru semua sibuk nak turap.. tapi turap ala kadar jer lah. Setakat pagi tadi, masih banyak lubang yg belum turap.. Cukai mintak dibayar tapi kebajikan rakyat jelata takde yang nak diendahkan..
Kemalangan jiwa berlaku setiap hari, takde buat analisa ker? Kenapa? Macam mana boleh berlaku? Aduhhhh .. takkan nak ajar kot????

Kepada keluarga mangsa yang terlibat, takziah! Tadi masa lalu, memang kemalangan tuh baru happen :(
Kalau hari hari macam neh, seru nya hati ...

 

No comments: