Thursday, July 29, 2010

Update - Diari Seorang Kuliketip

Haish, bersawang sawang sekali bloh kuliketip neh .. So,, kali neh nak update lah sket..


Diari Seorang Isteri cum Bakal Ibu


Biasalah bila dah jadik seorang isteri, banyak lah tanggungjawab. Chewah, macam besar jerk responsibilities tuh.  Hehe, beberapa minggu lepas aku ikut encik suami ke KL sebab ada kerja kawen kazen nya. Sambil menyelam minum air! Orang sibuk tolong kerja kawen, aku laki bini sibuk pergi ke hulu hilir carik barang baby & baju preggy.


Hehe, berpusing sakan aku laki bini.. First day sampai, round Ikea.. pekena meatball dia. Masyuk!! Then, round2.. baru balik hotel. The next day, pekena lunch kat Kanna Curry House plak sebab terliur nak makan atas daun pisang dengan kari + ikan goreng panas2. Pergh!! Dah kenyang.. pusing 1U plak.. berjam jam kat 1U, tapi haram .. satu baju pun aku tak berkenan... Penat kaki exercise =P


After 1U, pergi ke MV plak.. ronda2.. last2 pergi The Gardens. Ceh, sunyi jerk kan kat situ.. yelah tempat orang kekaya neh.. sunyi lah.. pergi masuk I Setan.. Aduhai, susah betul nak buat hati aku suka kat baju baju preggy tuh.. tapi sebab tak nak terkilan, beli lah satu. Kuar I Setan, nampak kedai Funky Mama.. nampak baju not bad. Sambar lagi 2 helai.. itupun, pejam jer mata. Hehe...


After shopping gi makan kat Tony Roma's .. sebab nak test kesedapan steak nya. Wah, sampai skrg terasa dia punya kesedapan tuh. Okies dokies lah! Portion tak lah sehebat kat Chilli's .. tapi boleh lah. Sedap gak.. Balik makan, terus balik hotel and baammm.. keletihan!!


Last day - baru lah hari kerja kawen nya. Haha, terukkan. Before pergi kerja kawen, singgah dulu kat The Curve sebab ada Flea Market. Ahaks! Teringat nak beli buah kat kedai satu auntie tuh.. dapat gak. Sambil menyelam minum air.. singgah kedai 9months! Sambar lagi 3 helai baju.. dengan alasan - baju raya. Haha... yang penting 9months nya baju lagi trendy and up to date :)) 


Dah habis shopping kat The Curve, baru lah pergi kerja kawen. Hehe, skrg neh dah masuk 6 bulan lebih preggy. Banyak lagi persiapan belum buat... baju baby pun beli. Hanya dah beli botol susu baby.. itu pun sebab Singapore tgh sales.. so, dah survey2 kat KL, JB and Singapore.. nampaknya.. Singapore lebih murah :)) So, beli lah 2 botol. Ahaks! 


Lepas neh beli lagi lah kot.. tengah survey2 lagi. Insya-Allah, ada rezeki .. ada lah nanti barang2nya. Baby pun active kicking, bouncing .. before tidur, mesti Daddy pegang dulu Mummy's tummy and boleh rasa dia gerak.. hehe, :))

Kali neh jalan ada amik gambar tapi semua dalam I Phone encik suami.. jadik tak tahu nak upload macam mana =P Kalau kat facebook, banyak ler gambar


Diari Seorang Kuliketip



Laa neh busy dengan training new system - EPICOR. So, tak selalu ada kat opis... asyik away sahaja. Banyak benda nak kena pikir.. my team punya Chart of Account (COA) .. and sekarang neh nak settlekan kerja kerja before pergi maternity leave.


Next week training kat PJ Office. Huhu, 3 days.. ntah apa lah nak aku belajar ek. Pening kepala gue. .. I have plan something for my team cuma belum realisasikan sahaja. Kena kumpul kekuatan dulu.. Skang neh kekuatan yg ada hanya ada pada makan jerk. Haha.


Diari Seorang Cikgu Tuisyen

Hari neh last tuisyen dengan student2 aku.. sebab next month dah fasting month. Aku tak buat kelas lah sebab bila tanya, semua anak murid aku macam tak larat. .. Bagus cikgu dengar cakap murid kan. Hehe, takper lah.. baru Darjah 5.. kang aku buat plak, takde yg datang .. lagi lah susah. Duit dah bayar, aku lak segan. Kasik diaorang cuti dulu.. nanti lepas raya, baru sambung class.

Maknanya, puasa kali neh.. aku boleh lah berbuka dengan encik suami... :) ada banyak masa bersama.. 

Hopefully apa yang dirancang semua nya menjadi.. :)) 

InsyaAllah

No comments: