Saturday, September 19, 2009

:) Dah nak Raya!!!

Hola!

Hari neh sambung kemas umah and shopping hunting! Tapi sebelum buat kerja tuh, kena ah layan facebook and baca berita online. Nak tahu kisah semasa.

Uish, kepada yang memandu jauh tuh, berhati hati di jalan raya. Semalam ikut carta ops sikap, adalah kematian paling tertinggi sekali setakat ini. Banyak eksiden dan semuanya teruk teruk. Hopefully all readers drive carefully and kalau ngantuk, benti dulu. Rehat rehatkan badan.

Hah, at last my raya plan dah diumumkan pung. Jenuh nak menunggukan. Bukan apa, kalau beraya dengan keluarga bachen memang macam neh. Meleceh betul bila buat keputusan. Macam takde perasaan.

Here is the plan..

So, Hari Raya Pertama will be celebrated in JB. Hari neh berbuka kat umah atok nah kat cahaya baru and lepak sana sampai malam. Tapi, aku akan ke rumah mertua memandangkan raya kali neh side aku kan. So, datang sana dulu. Ada beberapa buah tangan nak bagi.

Esok raya pertama, semua berkumpul kat umah atok nah and semayang raya. then, heading to kubur arwah atok jantan. Lepas tuh boleh lar ke rumah mak sal and lepak lepak sebelum ke rumah atok miza di Layang. Dah makan makan sedap kat Layang, baru gerak balik Muar. yeaayyy!! Jumpa atok conet and atok mak. Sepupu sepapat dr KL.

The next day - Hari Raya Ke-2. Pepagi bertolak ke Temerloh. Kami nak beraya ke rumah jiran lama kami, dan akan singgah ke rumah Pejo. Jenjalan di Temerloh.. Apa ada kt Temerloh neh? 1st time nak ke Temerloh. Lepas dah beraya semua, kami akan bergerak ke KL. Haha, tak jadik nak ke Terengganu sebab abah nya cuti pendek dan takot takot Terengganu/Kelantan kedai tak bukak lagi.

3rd Raya - will be in KL and most probably akan stay kat The Zon KLCC. Dah booking.

4th Raya - Balik JB.

Lepas tuh, tak tahu nak buat apa. Haha.

Cis, sekejap nya masa aku dah nak kena naik kerja!!!

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin ;)

2 comments:

Razita said...

Hi Azie,
Baru nampak your comment pasal nak ke Tenggol. Tenggol island is very basic ada satu jer resort. Kalau ke sana heri tu, kami menginap di Ulek Beach Resort di Dungun & book ke Tenggol thru Ulek. U can call Ulek Beach Resort & minta diorang buatkan arrangements ke Tenggol. Ada beberapa pckage yg Ulek sedaian. Ulek Beach Resort tel no: 09-8481100

+a.z.i.e+ said...

Hi Sis Razita,
Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

Hehe, thanks for the info! We are looking forward to have our next trip to Tenggol Island. Macam best tempatnya.. ramai orang belum tahu lagi tempatnya kan..