Wednesday, June 3, 2009

Sure Heboh @ Danga Bay, JB

Selama TV3 anjurkan Sure Heboh kat JB neh.. tak pernah aku jejakkan kaki ke sana. Alasannya, malas nak berpusu pusu dengan orang ramai. Dan bila Sure Heboh ada kat JB.. aku cuma tengok dari TV jerk.. dan masa tuh tengah syiok bercinta, jadik malas nak berhimpit himpit cium ketiak orang ramai yg bachin.


Dah berapa tahun TV3 buat kat JB. Bila buat time weekends, dan itu jam plak aku sibuk berdating ngn my hubby. Bila gi City Square (CS), tengok ramai agas-agas bawak paperbag Jack & Jill, Nestle, Milo dan mcm mcm ah. Sampai tak cukup tangan. Mata aku terbeliak tengok tuh semua. Sebab aku suka kumpul paperbag.. tp bila pk balik bersesak bagai - hati terus kensel.

Ntah mcm mana, tahun neh aku berkobar kobar nak gi tengok Jom Sure Heboh kat Danga Bay! Haha, giler kot? Tapi aku tak kisah, aku redah jerk. Memula pergi after lunch ngn hubby. B kemain support aku nak gi sana. Sebab benda baru, tak pernah pergi mcm Jakun ah jugak. Sampai jerk kat area tuh.. aku terus nampak Vantage Stall. Terus giler!! Call mak, terus gi amik mak kat umah. Patah balik ke tempat parking.. dah ler panas. Tp kerana mak dan Vantage nya pasal aku redah jerk.

Second time tiba.. dah petang sikit. Redup, tak mcm awal awal tadi.. Panas berdenting. Aku round round ngn mak aku. Abis duit borong semua barang yg satu paperbag penuh RM 10 ajerk. Haish, berbaloi beb. Terima kasih, TV3. Segala ketiak bachin semua dah tak perasan dah. Meleleh air peluh - tapi kerana murah, aku redah jugak. Tp tak semua stall aku pergi..Hubby plak pelawa nengok konsert malam neh. Huh, tak mahu aku. Kang jem susah nak kuar. Malas.

Mak aku bangga betul dapat gambar ngn diaorang neh.. Maria TS and Kenchana. Mak aku kata baju Kenchana dari pagi sama jerk.. Yer ar, mana sempat dia nak tukar. sebab kena bawak tong derma tuh ha..


Apa apa pun, Sure Heboh tuh okay lah nak pergi. Sebab Vantage nya offer lebih murah dan murah murah amat dari harga kat Langkawi. Tak menyesal babe! Hehe.. Insya-Allah, kalau ada rezeki terjenguk lagi ah muka aku kali neh. Tp this time, aku nak pergi mcm plan asal tahun neh. Lepas semayang Subuh, aku terus nak terjengul - jadik takyah cium ketiak bachin lagi!

Haha.

4 comments:

zarin said...

ha ha one of the reason yg bagus utk tidak pegi ke tempat2 cam ni.."ketiak bachin"
eh betui ka barang kat situ murah???

+a.z.i.e+ said...

Sis Zarin,
Betul, barang kat situ murah murah. Especially the Vantage offer, mcm tak percaya!! Hehe, next time dont forget to join, ok? Ketepikan ketiak bachin tuh.. Hahaha.. =P

CEMPAKA YUSUF said...

bergaya cekgu khalijah dstu ye.
haha..

+a.z.i.e+ said...

Chaerm,
Hehe.. beliau sungguh excited dan teruja!!