Tuesday, July 19, 2016

Trip to Hong Kong - Day 1



We went to HK on last March16. Alhamdulillah, ada sedikit duit lebih, dapat lah pergi anak beranak ke HK selama 5 hari 4 malam. Kami pergi sendirian tanpa pakai travel agent.

Ticket Air Asia dibeli sehari sebelum CNY, total RM1,500 utk 3 orang pergi balik from JB - KLIA2 - HK - KLIA2 - JB. Semua nya last minute plan and last minute beli flight ticket and hotel.

Hotel pun last minute pilih sbb rambang mata and masa tuh exchange rate memang volatile. Geram jer rasa. Last last pilih Best Western Tsim Tsa Tsui, sbb harganya murah. Tapi size bilik memang sendu lah kan. As long as boleh accomodate kami 3 beranak, dah cukup baik. Bersih pulak tuh. Seronok lah.

Kalau baca dia punya guideline nak ke MTR Station mcm dekat gitu, padahal nak kena naik bukit turun bukit. Exercise habis. Kalau nak duduk hotel kat HK sana, baik pilih Hotel Shamrock. Sbb pintu hotel dia memang betul betul sebelah dengan MTR Station Jordan. Tak penat jalan. Kami punya mcm kena exercise gitu. Balik Malaysia loss weight tau. HAHA.

Overall semua ok. Seronok sbb kami sampai sana cuaca sejuk. 11 degree - 16 degree. Haa hebat jakunese dr Malaysia tak bawak jacket. Harus gigil. Sampai jer HK terus shopping baju sejuk. Amanda punya yang paling utama kena beli sbb dia kesejukan.

Amanda kat sana pun tak merengek sbb cuaca dan one thing, tempat baru. So dia mcm suka nak explore. Kami happy.

Gambar gambar masa Day 1 :)

Zara Amanda at Senai Airport


Dah ada dalam flight

Melepak menunggu flight ke HK

Our flight to HK

After long journey; yes, we have arrived HK Airport! Yahoooo!!

Singgah kencing dulu

From arrival gate; nak ke arrival hall kena naik train. Banyak jugak lah berjalan.
Ini macam ERL lah gitu. From Airport to HK City. Airport Express. Kami 3 beranak cost about RM150

Budak yang tak sabar nak gi HK, excited mcm jakunese

Turun dari Airport Express; nak ke bus station utk ke Best Western Hotel

Zara Amanda asyik menari gembira

Tengah tunggu bas datang

Masa naik bus; nampak lah kesibukan HK City; so sempat amik gambar serba sedikit

Bas lalu kat tempat tempat happenning. Hati terus melonjak gembira, Tak sabor weih nak jalan

Selepas check in; letak luggage kat bilik; bergegas kami laki bini ke Sneakers Street

Syurga bagi orang lelaki. Yang paling happy my husband lah.

Budak merengek nak sarung tangan; Sbb cuaca sejuk. Masa kat Sneakers Street sempat singgah H&M sambor satu jacket utk Zara Amanda

Husband dah rambang mata

Sneakers Street neh happening dia mcm semua tak tido

Muka happy bila dia dah dpt apa yang dia nak. GLove tuh ajer


Haha ini bilik hotel kami, penuh dgn wallpaper keemasan. Dia bagi iron. 5 hari kat sana; 5 hari lah Iron lepak kat bilik kami

Siap chandelier uolssssss

Agak sempit; tapi kalau utk setakat tido tuh; boleh lah. yang penting selesa dan selamat.    

 Overall Day 1; semua OK. Excited sbb cuaca sejuk 10 degree. Malaysia kan panas. Sekali sampai tempat sejuk mcm neh; rasa gembira tak terkata. Teringat masa gi GZ and Foshan dulu. 

Next extry; Hong Kong Disneyland 

Wednesday, July 6, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2016

picisan-kuliketip
Add caption



Sent from my iPhone

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir Batin
Dari Kami sekeluarga 😘😘😘

Tuesday, January 5, 2016

Kit Kat Offer; 2 packs = RM15 sahaja


Kami ada menjual coklat Kit Kat, 2 packet RM 15 sahaja.
Saja saja jual sbb nak carik income lebih. Ada target nak pergi jalan jalan. Heehehe.

Alhamdulillah, ramai customer and pulangan pun OK walaupun mcm mcm dugaan/ragam pelanggan yang kami jumpa. 

Hiks hiks hiks macam biasa, Zara Amanda model Kit Kat





Tuesday, December 29, 2015

Swiss Garden Residence & Resort, Melaka

Kami bercuti ke Melaka pada penghujung tahun lepas, December 2015.

2 hari 1 malam sahaja. Dapat lah singgah ke Asam Pedas Pokok Besar and Putra Nan Cheese. Both place introduced by husband's cousin yang skrg neh reporter BH di Melaka - Fairuz Zaidan.

Sempat singgah ke rumah nya juga. Cantik deco. Lepas makan malam; kami check in di Swiss Garden. Bilik not bad. Harga pun mampu milik gittew. Siap ada bunga api lagi.

The next day, Amanda bergasak swimming. Sejuk giler air pool dia. Siap ada infinity pool for adult. Overall; kami suka dengan hotel ini. Easy access and kat bawah ada mall.

Lepas check out, kami singgah Perhentian Kuih Kampung pekena Asam Pedas and kuih muih.

Even short getaway, tapi kami happy. Alhamdulillah.


















Saturday, November 28, 2015

Nasi Goreng Gear Box Pak Eh & Nasi Goreng Satay Pak Eh

Alhamdulillah, pada 28hb November 2015... adik saya, Mohd Zaim & business partnernya, Mohd Imran dah memulakan perniagaan mereka di tepi jalan di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, Johor.

Mereka mengetengahkan resipi warisan keluarga 
  • Nasi Goreng Gear Box Pak Eh
  • Nasi Goreng Satay Pak Eh
Gerai mereka di hadapan Secret Recipe dan Johor Mart. Bersebelahan dengan KPJ Pasir Gudang.

Alhamdulillah, sambutan dari orang ramai amat menggalakkan. Semoga maju jaya!

Updated : Pak Eh dah berpindah ke premis kedai utk keselesaan para customer.

No. 8, Jalan Serangkai 11, Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang, Johor.

(Belakang Kip Mart Baru Masai & sederet dengan Old Town White Coffee)

Buka setiap hari kecuali ISNIN (cuti)
11.00 pagi hingga 12.00 tengah malam